Connect with us

Oh! Media

”Pak Lah Pergi Dalam Keadaan Tenang” – Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin Tun Abdullah Ahmad Badawi

Trending

”Pak Lah Pergi Dalam Keadaan Tenang” – Khairy Jamaluddin

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah akan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada hari Selasa (esok) selepas solat Zohor.

Menurut laporan mStar, perkara ini dimaklumkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin (KJ) dalam satu sidang media di Institut Jantung Negara (IJN).

IKLAN

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur dan pada pagi esok akan dibawa ke Masjid Negara. Dari pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari.

Jenazah akan ditempatkan di dewan solat utama Masjid Negara untuk memberi peluang kepada orang ramai memberikan penghormatan terakhir.

Tun Abdullah pemimpin yang dihormati

Khairy turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi kelulusan khas untuk pengebumian di lokasi bersejarah itu.

Bagi yang bukan beragama Islam, kami mohon agar datang dengan pakaian yang sesuai. Jenazahnya akan dikebumikan di Makam Pahlawan

“Pak Lah pergi dalam keadaan tenang” – Khairy Jamaluddin

Tun Abdullah Ahmad Badawi

Tun Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.10 malam, Isnin di IJN akibat masalah pernafasan. Beliau pergi dengan tenang, dikelilingi oleh keluarga dan insan tersayang, termasuk isterinya.

Pak Lah pergi dalam keadaan tenang. Bagi pihak keluarga, saya ucapkan terima kasih kepada pihak IJN atas penjagaan rapi mereka.

Pemergian seorang negarawan seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan kita tentang pentingnya meninggalkan legasi yang dihormati. Marilah kita bersama-sama mendoakan roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan insan beriman. Al-Fatihah.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas