Connect with us

Oh! Media

Pahang Sedia Laksana Gelembung Pelancongan Seperti Langkawi

Trending

Pahang Sedia Laksana Gelembung Pelancongan Seperti Langkawi

Gelembung pelancongan projek rintis Pulau Langkawi yang bermula 16 September dilihat menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Hal ini terbukti melalui jumlah jualan tiket pesawat dan feri yang semakin bertambah dari hari ke hari.

ADVERTISEMENT

BACA: Pelancong Ke Langkawi Wajib Jalani Ujian Saringan Covid-19

Terbaru, Harian Metro melaporkan, negeri Pahang turut bersedia melaksanakan gelembung pelancongan sebagaimana Pulau Langkawi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dalam satu kenyataan berkata, beberapa destinasi pelancongan di Pahang sudah mencapai imuniti kelompok.

pahang
Sumber: Facebook Mohd Sharkar Shamsudin

Ujarnya, lokasi seperti Bukit Fraser dan Pulau Tioman telah lama bersedia untuk kembali membuka sektor pelancongan. Apabila kerajaan memutuskan untuk melaksanakan projek gelembung pelancongan domestik, pengusaha industri ini berasa lega dan mula melihat sinar baharu.

Menurutnya lagi, lokasi pelancongan itu telah membuat segala perancangan untuk menerima pelancong termasuk mencapai imuniti kelompok. Namun, apabila hanya Pulau Langkawi dibenarkan dibuka terlebih dahulu, ianya sedikit mengecewakan.

Cuma persoalannya di sini, kenapa ia hanya bermula di Pulau Langkawi?

Tambahnya, selain Bukit Fraser dan Pulau Tioman, lokasi pelancongan lain seperti Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Taman Negara Kuala Tahan dan Taman Negeri serta Genting Highland dan Cameron Highlands juga bersedia kembali beroperasi.

Beliau berharap sektor pelancongan ini dibuka semula bagi memastikan kelangsungan pemain industri pelancongan yang terjejas teruk sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

Kredit: Harian Metro | Facebook Mohd Sharkar Shamsudin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas