Connect with us

Oh! Media

‘Padan Muka Azlan’ – Kena Tipu Hidup-Hidup, Mika Rupanya Anak Ean & Ruhila Akibat Terlanjur!

Trending

‘Padan Muka Azlan’ – Kena Tipu Hidup-Hidup, Mika Rupanya Anak Ean & Ruhila Akibat Terlanjur!

Boleh dikatakan, drama popular arahan Shahrulezad Mohameddin setiap episod menjadi trending di Twitter. Ramai yang panas hati melihat Azlan, Ruhila dan Mak Salmah berkomplot untuk menjatuhkan Juwita.

ADVERTISEMENT

BACA: “Ada Mini Cooper, Tapi Berlari Kejar Peragut” – Babak ‘Pelik’ Takdir Yang Tertulis Jadi Bahan Lawak

Malah, siapa sangka, Ean iaitu bekas teman lelaki Ruhila turut memainkan peranan penting apabila dia sebenarnya adalah bapa kandung kepada Mika. Padan muka Azlan kena tipu hidup-hidup!

Mengimbau kembali kejadian 7 tahun lalu, Ruhila dan Ean telah terlanjur gara-gara mabuk. Ean berjanji akan setia bersama Ruhila walau apa pun yang terjadi.

Namun, lain pula jadinya apabila Ruhila melihat seorang wanita di dalam bilik tidur bersama Ean. Ean curang?

Nampaknya ramai yang tidak sabar melihat reaksi Azlan apabila mendapat tahu dia sebenarnya adalah pak sanggup. Selama 7 tahun juga dia menjadi ‘alat’ Mak Salmah untuk membalas dendam. Aduhai kesiannya..

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas