Connect with us

Oh! Media

Padah Buat Laporan Diragut, Sepasang Suami Isteri Ditahan

f34a7af4 abca 42cc 96a1 6de2ea5e17c4

Trending

Padah Buat Laporan Diragut, Sepasang Suami Isteri Ditahan

Rupanya ada lagi yang sanggup buat laporan palsu semata-mata tak mahu bayar denda untuk buat kad pengenalan baru. 

Sepasang suami isteri yang berusia 27 dikatakan telah membuat satu laporan palsu kononnya beg mereka telah diragut di Kota Syahbandar, pada 29 November lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, berkata siasatan awal mendapati insiden ragut yang dilaporkan itu berlaku kira-kira 9.30 malam dan sebenarnya sudah pun dirancang oleh isteri pengadu.

IKLAN

Siasatan lanjut kemudian mendapati lelaki itu membuat laporan palsu untuk mengelak dikenakan denda membuat kad pengenalan baru dan kejadian ragut itu hanya rekaan mereka.

Beg sandang yang katanya telah diragut sebenarnya tercicir dan kedua-dua mereka telah ditahan ketika memberi keterangan pada 1 Disember lalu. – Kata ACP Afzanizar Ahmad.

Lelaki itu telah pun ditahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu dan, isterinya pula yang bekerja sebagai kerani akaun ditahan di bawah Seksyen 182 dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu dan bersubahat.

Mohon yang dekat luar sana tu janganlah suka-suka buat laporan palsu. Kalau disabitkan kesalahan korang boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, harap maklum.

Kredit: Sinar Harian

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas