Connect with us

Oh! Media

Padah Berkumpul Di Majlis Sambut Kelahiran Cucu, Lima Individu Dikompaun

Majlis Kelahiran Cucu

Trending

Padah Berkumpul Di Majlis Sambut Kelahiran Cucu, Lima Individu Dikompaun

Padah berkumpul di majlis kesyukuran menyambut kelahiran cucu, lima individu dikompaun sebanyak RM4,000 setiap seorang. Kejadian yang berlaku di Kampung Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah itu terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia 19 hingga 61 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, dalam satu kenyataan berkata pasukan pemantau Covid-19 mendapat aduan daripada orang ramai berhubung dengan majlis yang dianjurkan kira-kira jam 9 malam.

5e9729e7eb86b357475292
Sekadar gambar hiasan

Sebaik tiba di lokasi, didapati lima individu terbabit sedang berkumpul di majlis kenduri itu serta tidak mematuhi penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka.

Kesemua individu terbabit kemudiannya dibawa ke IPD Kuala Muda untuk tindakan kompaun.

Hasil siasatan mendapati kesemua individu yang terlibat menetap di sekitar daerah tersebut. Majlis kesyukuran diadakan untuk menyambut kelahiran cucu tuan rumah.

IKLAN

Kesemua mereka diterangkan kesalahan dilakukan dan dikeluarkan kompaun sebanyak RM4,000 seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Mereka dikompaun mengikut Perkara 9 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Katanya, individu yang dikompaun hendaklah menjelaskan denda yang dikenakan dalam tempoh 14 hari di Pusat Kesihatan Daerah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas