Oh! Artis

“Pada Mama Sarah Tetap Sarah” – Ibu Shuib Tak Suka Samakan Sarah Dengan Orang Lain

Published on

Ibu kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Salamiah Jalani meluahkan kata-kata bersempena genap dua tahun pemergian menantunya, Allahyarham Siti Sarah.

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, ibu Shuib berkata tiada siapa boleh menggantikan tempat arwah Siti Sarah meskipun sering dibandingkan dengan seseorang.

Tarikh ini takkan pernah mama lupa. Genap 2 tahun pemergian menantu yang mama sayangi. 

Tak kan mama sama kan Sarah dengan orang lain walau pun kadang ada je yang sama. Pada mama Sarah tetap Sarah. Dan hanya satu. Ia itu sentiasa dalam hati. 

Dalam pada itu, Salamiah turut memaklumkan dia tidak suka dengan persamaan yang ada.

Mama tak berminat dengan persamaan2 yang ada. Kecuali jika tersempak. Moga Sarah tenang di tempat yang abadi. Al-fatihah Aamin….sentiasa kekal di dalam hati..

Sebelum ini, ibu Shuib mendedahkan Watie mempunyai banyak persamaan dengan arwah Siti Sarah.

BACA: “Orang Yang Baru Berhijab..” – Netizen Suka Watie Pakai Sopan, Ini Respon Ibu Shuib

Terdahulu, ibu Shuib pernah membuat lip sync lagu Kurangnya Apa daripada penyanyi, Arief, sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen dan memuji Watie kerana dilihat manis memakai tudung bawal.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Alahai comel je semua, semoga yang baik baik untuk Shuib sekeluarga #shuibsepahtu #watiehanifiah #shuibwatie #ohmedia #ohtrending

♬ Wanita Terbahagia – Bunga Citra Lestari

Exit mobile version