Connect with us

Oh! Media

Orang Terlalu Ramai, Pejabat Parlimen Muar Agih Bantuan Diarah Tutup

Trending

Orang Terlalu Ramai, Pejabat Parlimen Muar Agih Bantuan Diarah Tutup

Baru-baru ini, ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan seramai 5,000 keluarga di daerah itu akan menerima Bantuan Bakul Makanan di bawah peruntukan RM300,000 yang diberikan kerajaan. Difahamkan, Syed Saddiq dan pasukannya telah membuat agihan bermula dua hari lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: 6 Treler 20 Tan Tiba Di Muar, Syed Saddiq Belanja Peruntukan RM300k Bantu 5,000 Keluarga!

Walau bagaimanapun, Syed Saddiq menerusi hantaran terbaru di Facebook berkata, Pejabat Parlimen Muar diarah tutup ekoran kunjungan penerima bantuan yang terlalu ramai. Menurutnya, sebelum ini hanya lebih 150 keluarga hadir ke pejabat setiap hari namun bermula beberapa hari lalu jumlah keluarga yang hadir semakin meningkat.

bantuan bakul makanan

Saya nak maklumkan yang Pejabat Parlimen Muar telah diarahkan tutup bermula esok. Sejak 2 hari lepas, saya dan team Muar telah bekerja untuk mengagihkan bantuan makanan kepada 5,000 keluarga Muar.

Biasanya ada dalam 150+ keluarga datang setiap hari. Tapi sejak 2 hari lepas, jumlah keluarga yang datang telah naik tinggi. Orang sedang susah, lapar dan sakit. Mereka wajib dibantu. Pejabat saya tak boleh tolak orang yang mahu datang. Nak suruh mereka pulang sebab orang ramai, tak sampai hati. Rakyat Parlimen Muar adalah tanggungjawab saya.

Jelasnya lagi, untuk menjaga SOP sewaktu agihan bantuan makanan, pihaknya telah membuat sistem kupon dan menggunakan khidmat RELA untuk mengawal situasi di luar pejabat. Selain itu, sejumlah bantuan telah diberi kepada ketua kampung untuk diagihkan ke kawasan masing-masing.

Bakul makanan pkp

Apa yang saya dan team Muar dah buat untuk jaga SOP:

1. Kami sediakan sistem kupon. 100 kupon setiap hari untuk ambil bantuan makanan kepada 100 keluarga.
2. Kami guna khidmat RELA untuk kawal situasi di luar pejabat.
3. Kami sudah hantar surat mohon pihak polis untuk bantu jaga semua yang hadir ke pejabat.
4. Saya juga sudah agihkan sejumlah bantuan makanan kepada semua ketua kampung untuk agihkan di kawasan masing-masing.
5. Had jumlah pengunjung ke dalam pejabat juga kami buat. Yang lain, perlu beratur dengan jarak sesuai di luar pejabat.

Tapi hakikatnya ramai lagi yang perlukan bantuan makanan segera. Saya tidak boleh dan tak akan sesekali halang rakyat Parlimen Muar untuk datang ke pejabat. Tapi hari ni, pihak polis juga datang dan arahkan Pejabat Parlimen ditutup.

Orang terlalu ramai. Ini bermaksud edaran bantuan makanan akan lebih lambat sampai ke tangan keluarga penerima. Rumah ke rumah memang ada kami buat, tetapi ambil masa.

Ahli parlimen ini menyeru pihak berkuasa tidak mengenakan kompaun kepada penduduk yang hadir sebaliknya mengenakan kompaun ke atasnya sahaja. Tambahan pula menurutnya segala urusan bantuan dan pejabat di bawah tanggungjawabnya.

Pejabat parlimen Muar

Saya terpaksa ambil sedikit ruang bersama pejabat Muar untuk fikir cara lain nak edarkan dengan cepat. Realitinya, ramai lagi rakyat Parlimen Muar yang susah, lapar dan sakit. SOP memang dipatuhi, tetapi saya memang tidak boleh kawal jumlah penerima yang datang ke pejabat.

Kalau mahu kenakan kompaun kepada orang ramai yang datang ke pejabat, saya minta jangan kompaun mereka. Kompaun saya tak apa. Pejabat itu di bawah kawal selia saya. Urusan bantuan makanan ini pun urusan saya dan pejabat saya. Jangan tambah beban rakyat Parlimen Muar. Mereka hanya mahu bantuan sampai ke tangan keluarga mereka.

Di ruangan komen, Syed Saddiq berkata, posting dibuat untuk membuat pencerahan kepada rakyat Muar bahawa dia akan tetap meneruskan bantuan cuma hanya pejabat ditutup. Syed Saddiq turut menegaskan semua langkah telah diambilnya untuk menjaga SOP ketiga bantuan diagih.

Kredit: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas