Connect with us

Oh! Media

“Orang Macam Ni Elok M*ti Je” – Netizen ‘Hentam’ Elyana Sebab Tak Reti Bersyukur

Elyana2

Trending

“Orang Macam Ni Elok M*ti Je” – Netizen ‘Hentam’ Elyana Sebab Tak Reti Bersyukur

Penyanyi yang baru sahaja sembuh dari penyakit kanser, Elyana sebelum ini mengejutkan para peminatnya selepas mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung.

BACA: “I Give Up, Betul-Betul Give Up” – Elyana Akui Tertekan Dengan Netizen

Keputusan yang dibuat Elyana itu telah menyebabkan dia mendapat pelbagai kecaman daripada warganet setiap kali penyanyi itu memuatnaik hantaran di media sosial.

IKLAN

Netizen doakan Elyana mati?

Baru-baru ini, Elyana yang memuatnaik videonya menyanyi di laman Instagramnya mendapat kecaman hebat daripada seorang netizen dengan menyatakan bahawa Elyana seeloknya cepat mati kerana dilabel sebagai seorang yang tidak bersyukur.

Screenshot 2022 08 29 at 113459
sumber mStar

Namun, penyanyi lagu Tak Tercapai Di Akalmu itu hanya memberikan reaksi yang positif terhadap komen negatif yang dilemparkan terhadapnya.

Semoga awak dipanjangkan umur, dijauhkan dari segala penyakit, dimurahkan rezeki dan diberikan
kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Netizen sifatkan komen sebagai keterlaluan

Menjengah di raungan komen, rata-rata pengikut Elyana turut mengecam tindakan individu yang meninggalkan komen sedemikian kerana dianggap sebagai keterlaluan.

Screenshot 2022 08 29 at 113508
Sumber mStar

Kalau ya pun tak suka, jangan sampai doakan macamtu sekali. Siapa kita nak tentukan pengakhiran seseorang tu?

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas