Connect with us

Oh! Media

Orang Awam Berjaya Tangkap Lelaki Intai Dan Rakam Video Dalam Tandas Lelaki

Ohmedia rakam dalam tandas

Trending

Orang Awam Berjaya Tangkap Lelaki Intai Dan Rakam Video Dalam Tandas Lelaki

Jadi lelaki zaman sekarang pun dah tak berapa nak selamat nampaknya. Kami katakan begini selepas ada seorang lelaki telah berjaya ditangkap polis selepas didapati mengintai dan merakam video di dalam tandas lelaki.

Suspek melakukan perkara itu di tandas lelaki stesen minyak Batu 3, Shah Alam dan berjaya ditangkap orang awam yang juga mahu menggunakan tandas. Suspek pada ketika itu dilihat sedang merakam mangsa di tandas sebelah.

Hasil pemeriksaan telefon bimbit suspek, didapati banyak rakaman video orang awam sedang membuang air kecil. – Kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman.

Suspek yang berusia 37 tahun itu kemudian dibawa ke Balai Polis Subang Jaya untuk tindakan lanjut. Kes seperti ini akan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995.

IKLAN

Kesalahan nampak kecil tapi perbuatan seperti ini sangat tidak bermoral. Kalau korang ada melihat kejadian tidak senonoh seperti ini, jangan biarkan dan cepat hubungi pihak polis.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas