Connect with us

Oh! Media

Olimpik Tokyo: Jurukamera Termenung Atlet Terpijak Kamera

Trending

Olimpik Tokyo: Jurukamera Termenung Atlet Terpijak Kamera

Temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 semakin menjadi tumpuan apabila atlet negara yang berbaki akan memfokuskan untuk membawa pulang pingat ke Malaysia. Setakat ini Jepun dan China berjaya menguasai carta teratas.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) “Patutlah Lama Menghilang..” – Peserta Olimpik Iras Shaheizy Sam Cuit Hati Netizen

Memandangkan penonton tidak dapat memberi sokongan dan menyaksikan perlawanan secara terus akibat pandemik Covid-19, hanya pihak media sahaja yang kita harapkan untuk memberikan liputan secara langsung.

Tapi, kali ini kami nak kongsikan satu situasi sedih yang menimpa seorang jurukamera apabila kamera yang dibawanya patah.

kamera jurukamera olimpik patah
kamera olimpik patah

Gambar ini telah dikongsikan pengguna Facebook, Sean Lin yang menunjukkan seorang jurukamera hanya mampu termenung melihat kamera mahal miliknya patah selepas dipijak seorang atlet dari China ketika beraksi.

Tak dapat kami bayangkan macam mana perasaan apabila kamera yang dibeli pada harga puluhan ribu ringgit musnah depan mata.

Semua orang tahu minat menjadi seorang jurugambar profesional memang memerlukan modal yang besar. Jika dilihat dari jenis kamera yang patah itu, kamera dan lensa boleh mencecah lebih RM30,000.

kamera rosak
kamera canon rosak

Apapun, kebiasaannya setiap jurugambar profesional atau wartawan yang bekerja untuk sesebuah syarikat mempunyai insuran bagi semua alatan kamera yang dibawa. Jadi, mereka tidak akan menanggung kerugian apatah lagi bila bertugas untuk temasya sukan olimpik yang besar ni.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas