Connect with us

Oh! Media

Nurul Shuhada Berhasrat Sambung Belajar Ke Luar Negara 

nurul shuhada

Trending

Nurul Shuhada Berhasrat Sambung Belajar Ke Luar Negara 

Nurul Shuhada Mat Shukri yang merupakan isteri kepada Hafidz Roshdi memaklumkan sekiranya permohonan biasiswanya diluluskan dia berhasrat untuk menyambung pelajaran ke luar negara.

ADVERTISEMENT

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dia enggan meletakkan faktornya yang sedang hamil dan anak-anak sebagai penghalang untuk mengejar cita-cita.

Mungkin dulu saya mengikut perintah suami, namun kini tiba masanya saya ingin mengejar cita-cita yang sudah lama tertangguh.

Malah, sekiranya permohonan untuk mendapatkan biasiswa lulus, saya akan bawa anak-anak bersama.

Rakan-rakan yang mengenali saya dulu pasti ingat bagaimana saya sedang hamil membawa perut ke kelas. Jadi, jika saya meletakkan hasrat untuk membuat sesuatu, pastinya saya tekad.

Saya pasti semua yang terjadi ada hikmahnya, namun sekiranya saya diberikan peluang untuk menyambung pelajaran, pastinya saya tidak mensia-siakan peluang itu.

Andai kata ada yang ingin menaja, saya terima dengan tangan terbuka.

Tambahan, Shuhada bersyukur kerana sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini diraikan bersama keluarga dan adik beradiknya di Perlis.

Alhamdulillah, tangan yang dihulur lebih banyak pada tahun ini memandangkan saya sudah bermastautin di Perlis bersama mak dan ayah di kampung.

Adik-beradik pun ada jadi rasa lebih selamat. Malah, Humairah dan Umar juga mendapat baju raya serta kasut lebih lagi. Semestinya mereka lebih teruja dapat hadiah daripada orang sekeliling.

Nurul Shuhada

Untuk makluman, Nurul Shuhada berdepan dengan konflik rumah tangga bersama Hafidz Roshdi dan mendakwa suaminya melafazkan talak melalui WhatsApp dan panggilan telefon pada 22 Januari dan 22 Februari lalu.

Kredit: xtra

+Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas