Connect with us

Oh! Media

“Not At This Moment” – Penerbit Akhirnya Jawab Persoalan Adakah Naim Daniel Adalah Tiong Man!

ohmedia naim daniel 4

Trending

“Not At This Moment” – Penerbit Akhirnya Jawab Persoalan Adakah Naim Daniel Adalah Tiong Man!

Astro Shaw sahkan Naim Daniel belum disahkan pegang watak Tiong Man dalam sekuel Keluang Man.

Desas-desus yang mengatakan penyanyi dan pelakon Naim Daniel bakal memegang watak Tiong Man dalam sekuel filem Keluang Man akhirnya terjawab!

Menurut laporan Kosmo, tiada pelakon lagi yang disahkan akan membawakan watak tersebut, termasuklah Naim dan perkara ini dikatakan sendiri Penerbit Eksekutif Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad.

Jadi Naim Daniel bukan Tiong Man. Not at this moment.

Masih dalam fasa perbincangan dan perancangan

ohmedia naim daniel tiong man

Menurut Jastina lagi, pasukan kreatif filem Keluang Man masih menggarap jalan cerita dan karakter untuk kesinambungan filem yang sedang hangat diperkatakan itu.

IKLAN

Bila kami benar-benar pasti siapa yang akan memegang watak apa nanti, kami akan dengan gembiranya mengumumkan kepada semua.

Spekulasi tercetus lepas kelibat Naim muncul dalam filem

ohmedia naim daniel mahkamah

Sebelum ini, kemunculan Naim dalam beberapa babak filem Keluang Man telah mencetuskan pelbagai andaian dalam kalangan peminat. Ramai menduga dia bakal memainkan watak Tiong Man, sidekick kepada watak utama lakonan Nas-T.

Namun spekulasi semakin panas apabila Naim baru-baru ini didakwa atas tuduhan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun. Hal ini menyebabkan segelintir netizen mula risau akan kesan terhadap kredibiliti filem dan pemilihan pelakon.

Tapi Astro Shaw tetap dengan pendirian bahawa pemilihan pelakon masih belum dimuktamadkan dan apa yang diperkatakan hanyalah andaian semata-mata.

Pssttt! Jangan mudah percaya khabar angin selagi belum disahkan. Dalam dunia hiburan, sabar menanti pengumuman rasmi lebih baik daripada membuat andaian yang boleh burukkan keadaan.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas