Connect with us

Oh! Media

Nora Ariffin Tarik Balik Permohonan Cerai Tapi Letak Syarat

Ohmedia nora Ariffin Rushdi

Trending

Nora Ariffin Tarik Balik Permohonan Cerai Tapi Letak Syarat

Nora Ariffin tarik balik permohonan cerai terhadap Dr Rushdi Ramli dan pilih teruskan rumah tangga dengan syarat tiada gangguan pihak ketiga.

Penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin mengejutkan ramai apabila menarik balik permohonan cerai terhadap suaminya, Dr Rushdi Ramli sekali gus memilih untuk meneruskan perkahwinan mereka.

Menurut laporan mStar, Perkara itu disahkan oleh peguam yang mewakili Dr Rushdi, Azmi Mohd Rais, yang memaklumkan keputusan berkenaan dibuat secara rasmi di mahkamah.

Nora Ariffin tarik balik secara bersyarat

Rushdi Nora Ariffin

Menurut Azmi, penarikan balik tersebut dibuat secara bersyarat, iaitu dengan memastikan tiada sebarang gangguan daripada pihak ketiga.

IKLAN

Alhamdulillah, pada hari ini (Selasa) plaintif, Datuk Nora telah menarik balik kes ini dan ingin meneruskan perkahwinan dengan defendan.

Sebelum permohonan penarikan balik dibuat, dia memohon agar penarikan tersebut dibuat secara bersyarat, iaitu tidak ada sebarang gangguan daripada pihak ketiga.

Tambahnya lagi, hakim turut menasihatkan Nora mengenai hak beliau dari sudut perundangan.

Maka Yang Arif Hakim telah meluluskan permohonan penarikan balik tersebut dan menasihatkan Nora bahawa dia mempunyai hak untuk memfailkan injunksi tegah ganggu terhadap mana-mana pihak ketiga, serta memfailkan kes gangguan (nuisance) di mahkamah sivil sekiranya perlu.

Dr Rushdi berasa gembira

Nora Arifin

Mengulas reaksi pihak defendan, Azmi berkata Dr Rushdi menyambut baik keputusan itu dan berasa gembira kerana rumah tangga mereka diberi peluang untuk diperbaiki.

Bagi pihak defendan pula, dia sangat bahagia pada hari ini. Alhamdulillah. Dan beliau juga telah berjanji akan menasihati pihak ketiga tersebut.

Menurutnya lagi, kes tersebut ditarik balik tanpa sebarang kos dan tidak memerlukan pelantikan hakam panel.

Kes ini ditarik balik tanpa sebarang kos. Alhamdulillah. Oleh itu, tidak perlu kepada pelantikan hakam panel pada hari ini.

Pssttt! Setiap rumah tangga ada ujian tersendiri. Ruang berbincang, saling menghormati dan menjaga batas pihak ketiga adalah kunci untuk memulihkan hubungan yang diuji.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas