Connect with us

Oh! Media

Nombor Plat ‘KFC’ Dibida Sehingga Lebih 2 Juta Ringgit!

9eb862dc 2f6b 45e1 b782 5afc025fc956

Oh! Gear

Nombor Plat ‘KFC’ Dibida Sehingga Lebih 2 Juta Ringgit!

Baru-baru ini kecoh apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dikatakan telah membuka bidaan untuk nombor plat kenderaan dengan mulaan “KFC”.

Pada mulanya, pendaftaran nombor plat ini bergerak secara berperingkat satu demi satu huruf ke hadapan, dan kebetulan sampai di Kedah, ianya dikatakan sampai ke huruf awal pendaftaran nombor plat iaitu KFC.

188cf17a 4c24 4620 a0b3 76541f5ccc26

Plat nombor pendaftaran KFC dikatakan telah pun menamatkan bidaannya melalui aplikasi JPJebid pada 17 Februari lepas dan telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM2,018,364!

IKLAN

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, bidaan nombor plat itu telah dibuka pada 13 Februari lepas dan hanya berlangsung selama lima hari sahaja.

Katanya, seramai 3,118 individu telah membida nombor siri itu, dan bagi plat ‘KFC 7’ pula dikatakan telah muncul menjadi bidaan tertinggi iaitu sebanyak RM52,000 diikuti plat ‘KFC 9’ sebanyak RM48,000.

JPJebid ini menawarkan ketelusan bermula daripada transaksi pendaftaran sehingga pembayaran dibuat.

Pembida juga boleh mengetahui kedudukan (ranking) secara ‘realtime’ dan tiada unsur-unsur campur tangan manusia,” katanya pada sidang akhbar di JPJ Kedah, Suka Menanti, dekat sini pada Isnin.

Abdul Rahman berkata, nombor pendaftaran KFC cukup sinonim dengan jenama popular restoran makanan segera dan pasukan bola sepak Kedah.

Menurutnya, perkara itu menjadi antara faktor nombor kenderaan tersebut mendapat permintaan yang tinggi.

Sebelum ini JPJ Kedah telah memperoleh lebih RM1.2 juta bagi bidaan siri nombor pendaftaran KFA yang sinonim dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Bidaan tertinggi yang direkodkan adalah nombor pendaftaran KEN iaitu telah mencecah sehingga RM4.8 juta kutipan pada tahun 2016.

Wow! Restoran favourite kot, siapa je yang tak nak berebut. Tahniah juga kami ucapkan buat yang dah berjaya mendapatkan nombor plat KFC!

Kredit: Sinar

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas