Connect with us

Oh! Media

“Niat Saya Talak Dua..” – Suami Siti Jamumall Akhirnya Bersuara, Mengaku Gagal Didik Isteri

Ohmedia siti

Trending

“Niat Saya Talak Dua..” – Suami Siti Jamumall Akhirnya Bersuara, Mengaku Gagal Didik Isteri

Suami kepada pempengaruh Siti Jamumall iaitu Aiman menerusi sesi live di TikTok berkata dia sebenarnya mahu menceraikan isteri talak dua.

BACA: Siti Jamumall Tak Tolak Rujuk Semula Dengan Aiman

Namun, Aiman difahamkan oleh beberapa peguam syarie bahawa talak yang jatuh adalah talak tiga. Susulan itu, Aiman menyerahkan hal tersebut kepada mahkamah untuk menentukan.

IKLAN

Dalam pada itu, lelaki ini menafikan dakwaan mengambil dadah seperti yang dikatakan isteri. Jelasnya, ketika pergaduhan berlaku, dia baru pulang daripada kerja.

Niat Aiman nak bagi talak dua, mengaku tak ada ilmu

Tetapi, dia dituduh curang dan berfoya-foya dengan wanita lain. Malah, isterinya juga dikatakan tidak memberi peluang kepadanya untuk memberi penjelasan lanjut.

Niat aku talak dua, aku pun satu hal juga ilmu tak ada, haa kahwin lagi. Ilmu tak ada, alif ba ta tak tahu, gagal didik isteri.. kahwin lagi. Punah rumah tangga, ambik kau.

Mengenai bersuara lembut pula, Aiman berkata dia sendiri tidak sedar kerana terlalu marah ketika itu.

Aku pun rasa geli dengar suara aku malam tu..

Terdahulu, konflik rumah tangga Aiman dan Siti Jamumall kecoh diperkatakan apabila Siti diceraikan talak dua ketika sedang live di TikTok.

Difahamkan, ini merupakan penceraian kali kedua selepas mereka rujuk semula ketika penceraian kali pertama awal Mei lalu.

Pssttt! Tu lah pepatah ada mengatakan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Tunggu jelah keputusan mahkamah nanti ya.

Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas