Connect with us

Oh! Media

“Tak Cukup Lagi Ke Kau Buat Hal Dekat Jalan Raya?”, Netizen Tempelak Geng Basikal, Selamba Kayuh Di Kawasan Larangan

Trending

“Tak Cukup Lagi Ke Kau Buat Hal Dekat Jalan Raya?”, Netizen Tempelak Geng Basikal, Selamba Kayuh Di Kawasan Larangan

Sejak kebelakangan ini aktiviti berbasikal menjadi trend baharu rakyat Malaysia, dengan ibu kota Kuala Lumpur menjadi salah satu laluan untuk melakukan aktiviti rekreasi itu.

ADVERTISEMENT

Antara laluan yang menjadi tarikan di ibu negara sudah pasti jambatan pejalan kaki Pintasan Saloma atau Saloma Link yang menghubungkan Jalan Saloma berdekatan Menara Kembar Petronas (KLCC) dan Kampung Baru.

Pintasan Saloma menjadi salah satu tarikan di Kuala Lumpur, juga sebagai lokasi fotografi berikutan pemandangan indah dan berwarna-warni terutama pada waktu malam.

Pintasan Saloma di waktu malam.

Namun, sudah namanya jambatan pejalan kaki, maka laluan tersebut hanya membenarkan orang ramai lalu di kawasan itu dengan berjalan kaki.

Malah, terdapat papan tanda peringatan yang melarang aktiviti menunggang basikal, sebaliknya penunggang boleh menuntun basikal di sepanjang laluan itu.

Baru-baru ini telah tular beberapa foto di media sosial yang memaparkan beberapa individu yang bersikap tidak bertanggungjawab apabila mereka dilihat telah berbasikal merentasi Pintasan Saloma.

Kau faham tak orang nak turun, kemudian kau naik basikal. Bodoh kan? Memang geng basikal tiada common sense ke?

Aku tak cakap semua tapi segelintir benak juga. Awas. – Tulis seorang individu menerusi salah satu gambar yang tular.

Peringatan Oleh PKB

Malah, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) juga pernah berkongsi sebelum ini di laman Twitter rasmi mereka yang menekankan bahawa aktiviti berbasikal di Pintasan Saloma boleh membahayakan keselamatan pejalan kaki.

Larangan berbasikal yang tertera di atas Pintasan Saloma.

Di Pintasan Saloma tidak boleh menunggang basikal kerana ia mungkin boleh membahayakan keselamatan buat pejalan kaki. Sebaliknya anda hanya perlu menolak atau menuntun basikal sahaja demi keselamatan pengguna yang lain. – Katanya.

Rata-rata netizen turut mengecam tindakan segelintir individu yang tidak peka dengan larangan yang ditetapkan, selain mahu mengundang bahaya.

Undang-undang dan peraturan yang tertulis adalah untuk dipatuhi, bukan hanya sekadar hiasan dan diabaikan. 

Bila pergi overseas (luar negara) tahu pula ikut peraturan, tapi di negara sendiri buat bodoh je dengan peraturan di depan mata, ” tambahnya.

Pasal mereka inilah orang pandang hina kat semua penunggang basikal. Harap geng-geng basikal cari mereka ni kecam secara berjemaah,” kata seorang lagi dengan nada kesal.

Tak cukup kat jalan raya buat hal, kat kaki lima pula buat hal,” ujar yang lain berikutan sebelum ini aktiviti berbasikal di jalan raya boleh mengundang bahaya.

Geng macam ni yang patut kena 10k (RM10,000). Sah-sah la banyak duit, basikal mahal-mahal. Saja langgar peraturan. – Komen seorang lagi yang merujuk kepada nilai kompaun sekiranya terdapat pelanggaran peraturan dengan berbasikal di Pintasan Saloma.

Kredit: Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas