Trending
“Dah Lama Sumbat Otak Penonton Dengan Lawak Bodoh” – Karl Shafek Puji Pengacara AJL39
Malam Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) nampaknya berjaya mengembalikan ‘prestij’ yang selama ini diharapkan penonton.
BACA: Lagu Hening Rindu Nyanyian Marsha Milan Dinobat Sebagai Juara AJL 39
Perkara ini turut mendapat perhatian selebriti dan pengacara terkenal, Karl Shafek yang berkongsi pandangannya di media sosial mengenai pemilihan pengacara tahun ini.
“Dah lama sumbat otak penonton dengan lawak bodoh”
Dalam satu hantaran di Facebook, Karl memuji keputusan pihak produksi memilih pengacara Naz Rahman bersama penyanyi, Sissy Iman untuk acara berprestij seperti AJL.

Dia turut menegaskan bahawa sudah tiba masanya penonton diberikan pengalaman tontonan yang berkualiti, tanpa lawak slapstick yang kurang sesuai untuk acara grand seperti ini.
Dah lama kita sumbat otak penonton dengan lawak bodoh nak kenakan orang itu dan orang ini dalam event grand begini. AJL39 kali ni paling best dari segi penyampaian dan informasi. Good job! Classy.
Rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan Karl, menyatakan bahawa pemilihan pengacara yang profesional dan berilmu menjadikan AJL39 lebih tersusun dan tidak meleret.
AJL39 tak hambar dan meleret

Ada juga yang berpendapat bahawa penyampaian kali ini lebih kemas, tidak hambar serta bebas daripada unsur humor yang tidak relevan.
Tambah netizen lagi, acara berprestij seperti AJL sememangnya memerlukan pengacara yang mampu membawa suasana yang sesuai dan menyampaikan informasi dengan jelas.
#ApaKataOhmedia
Profesionalisme dalam mengendalikan majlis adalah aspek yang perlu dijaga. Tak perlulah melawak sampai netizen rasa krikk kriikkk dan membosankan. Tahniah Naz dan Sissy!

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Facebook Karl Shafek