Oh! Artis
Didakwa Buat Lawak Berunsur Lucah, Fazura Maafkan Lan Pet Pet
Fazura memilih untuk maafkan Lan Pet‑Pet selepas kontroversi lawak lucah
Sebelum ini, pelawak Lan Pet Pet teruk dikecam netizen kerana didakwa membuat lawak berunsur lucah terhadap Fazura.
BACA: Lan Pet Pet Didakwa Buat Lawak Lucah Terhadap Fazura Teruk Dikecam
Terbaru, Fazura memilih untuk memaafkan selepas permohonan maaf dibuat Lan Pet Pet secara terbuka.
Fazura pilih memaafkan Lan Pet Pet
Dalam perkongsian terbaru di Instagram, Fazura menulis bahawa walaupun hatinya terguris dengan apa yang berlaku, dia memilih untuk segera memaafkan dan meletakkan redha Allah sebagai keutamaan.

Selebriti ini berharap kejadian ini menjadi pengajaran di masa hadapan. Terdahulu, Lan Pet Pet yang membuat siaran langsung menjawab pertanyaan netizen mengenai bila Fazura akan berkahwin.
Kata Lan:
Hampa tunggu sat…bagi dia ‘kering’ dahulu. Baru dua tahun (bercerai), bagi masuk tiga tahun bagi dia ketat sikit…
Susulan itu, pelawak ini tampil memohon maaf secara terbuka kepada Fazura dan menjelaskan dia tiada niat untuk berlebihan dalam bergurau.
Selain itu, Lan Pet Pet juga meminta maaf kepada peminat Fazura dan Senario yang terguris hati dengan ketelanjuran kata-katanya.
Pssttt! Fazura menunjukkan satu contoh ketenangan dan kekuatan jiwa apabila memilih untuk memaafkan tanpa dendam. Semoga ini jadi pengajaran kepada semua.
Kredit: Instagram Fazura
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM