Connect with us

Oh! Media

Netizen Pertikai Stesen TV Indonesia Henti Siar Drama Nur

Trending

Netizen Pertikai Stesen TV Indonesia Henti Siar Drama Nur

Baru-baru ini kecoh di media sosial yang mana netizen di Malaysia mempertikaikan Stesen Televisyen (TV) Indonesia, MNCTV hanya menayangkan satu episod drama Nur sahaja sebelum slot berikut ditukar kepada drama Sinetron atau drama TV terbitan republik berkenaan pada 13 April yang lalu.

ADVERTISEMENT

Rata-rata netizen berasa hairan akan perkara tersebut sedangkan stesen televisyen berkenaan dilaporkan sudah bekerjasama dengan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB), namun menghentikan siaran tanpa alasan yang kukuh.

MNCTV sepatutnya menayangkan musim pertama dan kedua drama Nur secara serentak dalam semua platform MNC Media sejak hari pertama ramadan mengikut perjanjian asal.

Ada netizen yang berpendapat drama Nur tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan di sana yang memaksa MNC Media menghentikan tayangan selepas episod pertama.

Drama Nur pernah menjadi fonomena di Malaysia

Sementara itu, penerbit dan pengarah drama bersiri Nur, Shahrulezad Mohameddin mengakui binggung dengan penilaian yang dibuat oleh stesen televisyen di sana apabila dikatakan tidak mendapat sambutan sedangkan ia baru menayangkan episod pertama.

Saya hanya tahu mengenai perkara ini melalui laporan sebuah akhbar tempatan. Namun, saya tidak pasti sejauh mana kesahihannya.

Sedangkan, di Malaysia, kita hanya tahu sama ada sesebuah drama mendapat sambutan atau tidak selepas beberapa episod disiarkan.

penerbit dan pengarah drama bersiri Nur, Shahrulezad Mohameddin binggung dengan tindakan Stesyen TV Indonesia

Shahrulezad mengakui bahawa beliau tidak berasa rugi dengan keadaan tersebut kerana drama Nur memang dihasilkan untuk penonton tempatan.

Beliau turut berkata, jika benar drama Nur tidak akan lagi disiarkan, usaha pihak mereka membawa drama itu ke Indonesia adalah suatu perkara yang sia-sia.

Jika betul Nur tidak disambung lagi, saya terkejut kerana mereka sanggup buang duit begitu sahaja. Mereka lebih rela menanggung kerugian daripada drama kita muncul sohor kini di Indonesia.

Walaubagaimanapun, Shahrulezad mengakui bahawa beliau redha dengan takdir jika drama tersebut tidak mendapat sambutan di sana selain mengakui tidak adil untuk mengatakan tindakan stesen TV Indonesia adalah perkara yang salah.

Drama Nur merupakan sebuah rantaian drama yang pernah menjadi fonomena di Malaysia apabila mencapai rating 10 juta penonton selepas disiarkan di TV3 selain turut dilakonkan oleh pelakon terkenal seperti Shafiq Kyle, Amyra Rosli dan Azhan Rani.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas