Connect with us

Oh! Media

Netizen Pertikai Produk Tak Ada Sijil Halal, Khairul Aming Beri Penjelasan

khairul aming

Trending

Netizen Pertikai Produk Tak Ada Sijil Halal, Khairul Aming Beri Penjelasan

Siapa tak kenal dengan influencer dari Kelantan, Khairul Aming yang popular dengan pelbagai resepi masakan.

ADVERTISEMENT

Influencer ini juga bergelar usahawan berjaya apabila menjual jutaan botol Sambal Nyet dan kini tampil dengan produk makanan terbaru iaitu Dendeng Nyet Berapi.

BACA: Khairul Aming Cipta Sejarah, Sales RM1 Juta Terpantas Dalam Masa 3 Minit Je

Terbaru, usahawan ini menjawab persoalan seorang netizen mengenai sijil halal yang belum diperolehi kilangnya.

khairul aming

Difahamkan, individu terbabit menunggu dari tahun 2022 namun sehingga kini kilang Khairul Aming belum dipersijilkan halal oleh JAKIM.

Jelas Khairul Aming, kilangnya kini sedang melalui proses demi proses. Langkah yang pertama adalah mendapatkan sijil MeSTI untuk memastikan kilang bersih dan diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

khairul aming

Nak mendapatkan sijil MeSTI pun memakan masa dua tahun kerana kilang Khairul Aming bermula dari ‘kosong’. Kilangnya baru sahaja mendapat sijil tersebut pada 31 Januari 2024 iaitu dua hari sebelum Dendeng Nyet dilancarkan.

khairul aming

Selepas ini, Khairul Aming akan melalui proses seterusnya untuk mendapatkan pensijilan halal pula. Bila sudah berjaya mendapat sijil halal JAKIM, Khairul Aming bercadang eksport produk ke luar negara.

Alhamdulilah, akhirnya terjawab persoalan orang ramai mengenai status halal kilang Rasapop milik Khairul Aming.

Usahawan ini pun semestinya sudah merancang dengan baik untuk masa depan perniagaan yang diusahakan. Semoga terus maju jaya!

Kredit: X Khairulaming

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas