Connect with us

Oh! Media

“Buruknya..”, Netizen Kritik Jersi Baru Harimau Malaya Kurang Menarik?

Trending

“Buruknya..”, Netizen Kritik Jersi Baru Harimau Malaya Kurang Menarik?

Wah! Akhirnya FAM dah keluarkan video jersi baharu Harimau Malaya, MALAYSIA 2020-2022. Bukan itu je, korang boleh tengok juga pelancaran secara maya Home & Away Kit dekat semua social media rasmi FAM hari ini tau!

ADVERTISEMENT
KLIK UNTUK LIHAT VIDEO

Mula-mula ohmedia pun excited juga tengok video. Tapi bila tengok dekat ruangan komen, rasa sedih pula bila baca pendapat dari netizen. Rasa nak tergelak pun ada. Mana taknya, rata-rata netizen yang tengok, semua kata jersi tu buruk dan tak lawa. Siap ada yang cakap, entah-entah budak intern yang buat design.

Ada juga yang berpendapat, memandangkan jersi kalini adalah dari Nike, memang tak boleh nak expect lebih. Alamak! Kenapa pula cakap macamtu. Ada juga certain design dari Nike yang nampak cool dan style. Cuma mungkin untuk jersi yang ini, tak kena dengan citarasa peminat.

Kalau ikutkan, ramai juga netizen yang prefer design yang lama. Katanya, lebih baik pakai yang lama sebab yang baru kurang kick. Pulak tu, ada juga yang bandingkan dengan baju rumah sukan. Alahai, netizen. Macam-macam idea ya yang korang ada bila bab kritik. Tapi nanti last-last, mesti ramai juga yang akan pakai waktu pergi stadium, kan? Hehehe…

Tapi, kami taknak lah fokus dekat komen yang negatif je. Ada juga beberapa kritikan yang baik dan membina. Yelah, mata orang lain-lain, kan? Ada juga netizen yang berpendapat jersi baru ni cantik dan tiada masalah. Siap compare dengan jersi international lagi. Yang paling ohmedia suka, ada netizen yang komen biar baju nampak tak seberapa, yang penting performance pemain kena padu. Haa, ini kami sokong!

Walau apapun kritikan dari netizen, ohmedia tetap bangga sebab ini membuktikan yang semangat kesukanan dan rasa care mereka pada team Harimau Malaya masih tetap utuh. Mungkin sebab design ni baru je keluar, kita tak biasa lagi. Nanti lama-lama, semua orang okaylah tu. Team international pun berapa banyak yang awal-awal jersi kena kutuk. Tapi last-last, accepted juga. Yang penting, kena ambil kritikan dari sudut positif dan jangan cepat melatah. Barulah boleh sama-sama majukan sukan untuk negara!

Kredit: Facebook FAM

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas