Trending
Netizen Desak Marissa Dania Mula Hidup Baru, Abby Abadi Akui Dan Dedah Banyak Mahu Diceritakan!
Abby Abadi muat naik komen netizen minta Marissa Dania tinggalkan hidup berpoligami. Abby akui komen itu mewakili isi hatinya.
Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas memuat naik beberapa komen berkaitan anaknya, Marissa Dania di Instagram.
Menerusi Instagram, terdapat komen yang meminta agar Marissa memulakan kehidupan baharu tanpa terikat dengan dunia poligami yang kini dilaluinya.
Kalau korang tengok hantaran itu, ada yang menasihati Marissa supaya mencari kebahagiaan lain tanpa perlu menagih kasih daripada seorang lelaki yang sudah beristeri dan beranak.
Malah, ada juga komen menyentuh bahawa wanita secantik Marissa layak hidup lebih indah tanpa memikul gelaran sebagai isteri kedua.
Abby Abadi akui komen itu mewakili isi hatinya
Menariknya, Abby sendiri dilihat seakan bersetuju dengan komen-komen tersebut.
Rasanya banyak yang mahu diceritakan, tapi cuma bisa bilang biarlah komen-komen ini mewakili.
Imbas kembali perkahwinan Marissa Dania

Untuk rekod, Marissa selamat bergelar isteri kedua kepada Mohd Aslam selepas bernikah di Songkla, Thailand pada Disember 2023.
Ketika itu, Mohd Aslam sudahpun mempunyai seorang isteri, Umisya dan dua cahaya mata.
Pssttt! Tak semua jalan yang dipilih itu membawa bahagia. Kadang-kadang, keberanian untuk melepaskan lebih indah daripada bertahan demi sesuatu yang melukakan hati.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM