
Trending
Netizen Bimbang Tasik Cermin Ditutup Gara-Gara Seorang Lelaki Terjun Mandi
Oleh
Semalam, tular rakaman video di TikTok memaparkan seorang lelaki bertindak terjun ke dalam tasik yang menjadi tumpuan pelancong iaitu Tasik Cermin yang terletak di Ipoh, Perak.
BACA: Wanita TikTok Teruk Dikecam Netizen Kerana Berhijab Tapi Nampak Dada Dan Bahu?
Dalam video itu, dapat dilihat seorang lelaki berpakaian serba hitam tiba-tiba terjun ke dalam tasik seolah sedang mandi-manda di kawasan rekreasi tersebut.
@syafiruzafiza Thank you 🥺 #tasikcerminipoh #WinnerWinnerMoment
♬ suara asli – gabut woi
Perbuatan itu ternyata telah menimbulkan rasa kurang senang dan kritikan netizen. Tidak kurang juga yang bertanyakan adakah dia cuba untuk menyelamatkan sesuatu.




Pengguna TikTok @syafiruzafiza dalam hantaran lain menjelaskan lelaki yang terjun itu bukan warga tempatan tetapi orang Arab.
@syafiruzafiza Reply to @alynnsatar92 Part 2
♬ original sound – syafiruzafiza
Sementara itu, pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang dihubungi Kosmo! memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak mandi manda di Tasik Cermin.
Sebuah kertas siasatan juga akan dibuka untuk mengetahui punca sebenar kejadian.
Kredit: TikTok @syafiruzafiza | Kosmo!
