Connect with us

Oh! Media

Neelofa Mohon Netizen Hormat Privasinya Dan Keluarga Sewaktu Lahirkan Anak Kedua

neelofa

Oh! Artis

Neelofa Mohon Netizen Hormat Privasinya Dan Keluarga Sewaktu Lahirkan Anak Kedua

Tidak lama lagi selebriti dan usahawan popular, Neelofa bakal melahirkan cahaya mata keduanya.

ADVERTISEMENT

Neelofa dan PU Haris yang sebelum ini dikurniakan seorang putera sulung, iaitu Muhammad Bilal yang sering mendapat perhatian warganet dengan telatahnya yang comel.

Malah, rata-rata peminat teruja dan tidak sabar untuk menyambut kehadiran anak kedua pasangan ini.

Menurut Neelofa, dia akan menggunakan konsep yang sama iaitu dengan mengambil masa untuk berkongsi bayi keduanya itu kepada umum.

neelofa

Penyakit ain ini bukan sahaja terjadi pada anak pertama sahaja, anak kedua pun saya akan ambil masa untuk berkongsi, macam Bilal saya tak kongsikan rutin harian dia tapi ada masa tertentu sahaja tunjuk.

Kita akan tengok pada masa yang sesuai untuk kongsikan.

Tambahan, bekas pengacara program Nona itu turut berharap agar netizen dapat menghormati privasi dan prinsipnya dalam berkongsi berita mengenai cahaya mata mereka.

Yang penting adalah menghormati keputusan apa yang ditetapkan oleh ibu bapa di luar sana untuk anak mereka.

Bukan saya sahaja, anak orang luar pun ada yang tak mahu kongsikan anak di sosial media ataupun bergambar, sama juga seperti saya.

Tapi dalam situasi saya, mereka buat bahan jenaka tapi saya tak ambil serius cuma kalau tak buat macam itu lagi bagus. Hormat apa yang telah ditetapkan dan tunggu sahaja.

Yang dalam industri adalah ibu bapanya, bukan anaknya.

Dalam pada itu, Neelofa juga berharap kehadiran anak keduanya dapat dipermudahkan dan meminta orang luar menghormati keputusannya sekeluarga.

Kali ini janganlah over sangat, buat kelakar atau bahan lawak. Saya akan hargai kalau orang diluar sana boleh hormati keputusan kami untuk simpan dahulu, bila masa sesuai kita akan tunjukkan.

BACA: Bilal Jadi Abang Long! Netizen Dakwa Neelofa Nampak Mengah, Hamil Anak Kedua?

Kredit: Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas