Connect with us

Oh! Media

Nazmie Aizat Dituduh Mencuri Duit Penghuni Asrama RM85 Sebelum Maut Dipukul

asrama

Trending

Nazmie Aizat Dituduh Mencuri Duit Penghuni Asrama RM85 Sebelum Maut Dipukul

Susulan kes kematian melibatkan pelajar asrama kolej vokasional, Mohammad Nazmie Aizat yang maut dipercayai dibelasah rakan semalam.

ADVERTISEMENT

BACA: Pelajar Lelaki 17 Tahun Maut Dipukul Rakan Asrama

Hasil siasatan polis mendapati berlaku perselisihan faham antara mangsa dan penghuni asrama. Mangsa dituduh mencuri duit sebanyak RM85 sebelum dipukul sehingga meninggal dunia.

Dalam kejadian itu dua pelajar yang masing-masing kehilangan wang berjumlah RM50 dan RM35 di mana mangsa telah dituduh sebagai pencuri dan dipukul sehingga mati oleh kesemua suspek.

Susulan daripada itu, seramai 13 pelajar lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun yang disyaki terbabit dalam kes ini telah ditahan bagi membantu siasatan -KP Lahad Datu-

Kesemua pelajar yang ditahan telah dibawa ke Mahkamah Majistret Lahad Datu untuk ditahan reman selama 6 hari.

Semoga kesemua suspek yang terlibat mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas