Connect with us

Oh! Media

Nasi Lemak Kampung Baru Caj RM1 Untuk Aircond, KPDN Sahkan Tiada Kesalahan!

Untitled Design   1

Trending

Nasi Lemak Kampung Baru Caj RM1 Untuk Aircond, KPDN Sahkan Tiada Kesalahan!

Beberapa hari lepas, ada seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah kedai nasi lemak di Kampung Baru yang mengenakan caj RM1 bagi pelanggan yang ingin duduk di bilik berhawa dingin. 

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan bahawa caj tersebut tidak melanggar undang-undang kerana ia telah dipamerkan dengan jelas di pintu masuk kedai berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati harga bagi makanan, minuman serta caj perkhidmatan mematuhi dasar harga terangkum seperti yang diperuntukkan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Caj RM1 hanya untuk dewasa, kanak-kanak dikecualikan

Caj Rm1 Aircond

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati caj RM1 hanya dikenakan kepada pelanggan dewasa yang memilih untuk duduk di bilik berhawa dingin, manakala kanak-kanak berusia 10 tahun ke bawah dikecualikan daripada caj ini.

IKLAN

Pekerja kedai juga dimaklumkan untuk memberitahu pelanggan mengenai caj tersebut sebelum mereka masuk ke dalam bilik berhawa dingin.

Pemilik kedai buat laporan polis untuk lindungi reputasi kedai

Simbah Minyak Panas

Susulan viralnya luahan individu berkenaan, pemilik kedai nasi lemak tersebut telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa. 

Perkara itu dibuat untuk melindungi nama baik kedai dan memastikan tiada salah faham yang boleh menjejaskan reputasi perniagaan mereka.

#OhmediaNasihat

Dalam dunia perniagaan, telus dan berterus terang dengan pelanggan adalah penting, seperti yang dilakukan oleh kedai nasi lemak ini. Caj tambahan perlu dijelaskan dengan baik agar pelanggan faham dan dapat membuat pilihan dengan bijak. 

Kepada pelanggan pula, sebelum memberi komen atau membuat sesuatu viral, pastikan anda memahami polisi dan syarat yang telah dipamerkan.

Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas