
Trending
Nampak Kelibat Aliff Aziz Dan Ruhainies Dekat KLIA, Netizen Dakwa Pergi Bercuti Bersama?
Aliff Aziz dan Ruhainies didakwa bercuti bersama selepas netizen dakwa terserempak mereka di KLIA.
Seorang individu mendakwa terserempak dengan pelakon kontroversi, Aliff Aziz dan aktres jelita, Ruhainies di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menerusi Threads, individu itu berkata yang kedua-duanya dilihat seperti ingin bercuti bersama ke luar negara dan perkara ini telah mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.
Netizen kongsi pengalaman terserempak dengan Aliff Aziz dah Ruhainies
View on Threads
Apa yang lebih menarik, ada beberapa netizen lain turut berkongsi pengalaman serupa yang pernah terserempak dengan pasangan ini di luar.
Walaupun Aliff dan Ruhainies tidak pernah secara terbuka mengakui sedang menjalinkan hubungan, namun sikap mereka di media sosial mencetuskan tanda tanya.
Bercinta tapi masih rahsiakan?

Mereka sering berbalas emoji romantik di ruangan komen masing-masing, membuatkan ramai peminat percaya hubungan itu lebih dari sekadar rakan sekerja.
Sebelum ini, juga timbul spekulasi bahawa pasangan selebriti ini bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Namun, tiada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua-dua pihak setakat ini.
Pssttt! Kalau betul dah ada hubungan, eloklah perjelaskan pada umum. Jangan sampai spekulasi makan diri. Lebih baik jelas daripada terus jadi bahan gosip!
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
