Connect with us

Oh! Media

Nam Ron Puji ZRA Tak Kejar Publisiti, Musa Al-Nuwayri Dedah Sebenarnya Nak Balik Diam-Diam

Ohmedia namron

Oh! Artis

Nam Ron Puji ZRA Tak Kejar Publisiti, Musa Al-Nuwayri Dedah Sebenarnya Nak Balik Diam-Diam

Nam Ron puji keikhlasan Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad tak kejar publisiti selepas misi Gaza.

Sikap aktivis Global Sumud Flotilla (GSF), Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad (ZRA) yang memilih untuk tidak menonjolkan diri selepas pulang dari misi kemanusiaan telah menarik perhatian ramai.

BACA: Kapal Conscience Ke Gaza Dipintas Tentera Israel, Anwar Kecam Keras Tindakan Kejam Zionis

Difahamkan, ZRA pulang ke rumah secara senyap-senyap dari KLIA dengan bantuan rakan rapatnya.

IKLAN

ZRA balik rumah senyap-senyap

Keperibadian ZRA yang merendah diri turut mendapat perhatian pelakon dan pengarah terkenal, Nam Ron.

Menerusi satu hantaran di Threads, Nam Ron menghormati ZRA yang tidak ‘menadah’ muka untuk kemasyhuran.

“Respect ZRA” – Nam Ron

Nam Ron

Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan netizen mengenai perkongsian ini termasuk perkongsian hantaran daripada salah seorang sukarelawan GSF Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman.

Pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM), Ahmad Musa Al-Nuwayri berkata, kumpulan sukarelawan tersebut pada asalnya telah sepakat untuk pulang ke tanah air tanpa pengetahuan umum demi menjaga keikhlasan misi mereka.

Gsf
Musa 2

Namun, rancangan itu berubah apabila maklumat ketibaan mereka bocor kepada umum. Musa dan sukarelawan lain bagaimanapun berterima kasih kepada semua yang lain.

Mereka tidak pernah menganggap diri sebagai hero dan mengingatkan orang ramai mengenai keadilan Palestin yang perlu ditegakkan.

Pssttt! Semangat perjuangan sukarelawan GSF wajar dijadikan contoh kepada semua bahawa kemanusiaan sejati tidak perlukan sorakan, cukup dengan niat yang tulus.

Kredit: Threads Nam Ron
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas