Connect with us

Oh! Media

”Nak Negara Kita Ini Tak Aman?”, Rafidah Ibrahim Ditegur Menteri!

Rafidah Ibrahim Kampung Sungai Baru

Trending

”Nak Negara Kita Ini Tak Aman?”, Rafidah Ibrahim Ditegur Menteri!

Menteri persoal tindakan Rafidah Ibrahim ajak orang demonstrasi isu Kampung Sungai Baru. Dr Zaliha tegaskan rakyat mahu keamanan, bukan huru-hara.

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa tampil mempersoalkan tindakan pelakon, Rafidah Ibrahim.

Menurut laporan Malaysia Gazette, ini ada selepas Rafidah yang didakwa mengajak masyarakat, khususnya orang Melayu untuk melakukan demonstrasi selepas operasi pengosongan Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur.

“Nak negara kita ini tak aman?”, Rafidah Ibrahim ditegur!

Zaliha Mustafa

Menurutnya, setiap isu boleh diselesaikan dengan cara baik tanpa perlu mengganggu keamanan negara.

IKLAN

Kenapa kita nak negara kita ini tidak aman? Kenapa kita tak boleh selesaikan perkara ini dengan baik? Kita bersusah payah nak memastikan keamanan negara, tetapi masih ada juga pihak-pihak yang macam itu.

Rakyat mahu hidup dalam keamanan

Kampung Sungai Baru

Dr Zaliha turut menegaskan bahawa rakyat Malaysia secara majoriti mahu mengekalkan keamanan, bukannya menjerumuskan negara ke arah kekacauan seperti yang berlaku di sesetengah negara lain akibat demonstrasi.

Saya tidak bersetuju kalau perkara seperti ini dijadikan isu sehingga membuatkan negara kita menjadi tempat yang tidak aman.

Pssttt! Isu rakyat perlu ditangani dengan bijak dan matang. Bersuara itu hak, tapi biarlah melalui saluran yang aman supaya keharmonian negara tetap terpelihara.

Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas