Connect with us

Oh! Media

“Dengar Boleh, Percaya Jangan”- Netizen Persoal Fakta Yang Disampaikan Dalam Seminar Perniagaan Najib

najib

Trending

“Dengar Boleh, Percaya Jangan”- Netizen Persoal Fakta Yang Disampaikan Dalam Seminar Perniagaan Najib

Bukan mudah ya untuk kita memulakan sesuatu perniagan. Sebab itulah, ramai orang perlukan guru untuk ajar kita supaya tak tersalah cara atau rugi dalam perniagaan. Tapi guru yang macam mana kita perlukan?

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter ada kongsikan satu video menunjukkan seorang konsultan pemasaran dalam talian iaitu Najib Assaddok sedang memberikan ceramah perniagaan.

Apa yang menjadi persoalan netizen adalah tentang fakta yang disampaikan kurang tepat. Ini apabila Najib menyatakan syarikat minuman Coca-Cola telah membayar konsultan sebanyak RM100,000 hanya untuk idea menjual air di dalam botol dan tin.

Dia bayar konsultan, konsultan tu la yang advice supaya dia botolkan Coca-Cola itu, dengan masukkan dalam tin. Meletup tak bisnes dia? Yes… – Hujah Najib.

“Confident level tinggi tapi lack of knowledge.” – Netizen.

Netizen turut menyarankan agar Najib membuat kajian terlebih dahulu sebelum menyampaikan ceramah atau ilmu kepada orang lain.

Semua nak jadi consultant sekarang. My advise sebelum nak goreng tu buat lah research sikit. If not you akan memalukan whoever is your Mentor.- Tulis seorang pengguna Twitter.

Diharapkan teguran ini dapat diambil oleh mereka yang ditugaskan untuk menyampaikan ilmu. Lagi-lagi bila kelas yang orang hadir tu berbayar.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas