
Trending
Naim Daniel Buat Permohonan Bantahan, Mangsa Minta Dibicarakan Secara Dalam Talian
Naim Daniel didakwa amang seksual, mahkamah tetapkan perbicaraan Disember ini.
Mahkamah Sesyen Putrajaya menetapkan 15, 16 dan 18 Disember 2025 sebagai tarikh perbicaraan kes penyanyi popular, Naim Daniel yang didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.
Menurut laporan mStar, pihak pendakwaan memohon agar mangsa memberi keterangan secara dalam talian selain beberapa permohonan lain semasa prosiding dan perkara ini dikatakan sendiri peguam bela, Mohd. Irwan Sumadi.
Mahkamah telah menetapkan tarikh perbicaraan pada 15, 16 dan 18 Disember depan… pihak pendakwaan memohon supaya mangsa dibicarakan secara pautan video.
Hujahan permohonan Oktober ini

Mahkamah turut menetapkan 17 Oktober untuk mendengar hujahan kedua-dua pihak sama ada menyokong atau membantah permohonan tersebut.
Disebabkan sewaktu perbicaraan nanti mangsa bukan lagi berumur bawah 18 tahun, jadi perlu dibicarakan secara normal.
Sementara itu, seorang lagi peguam, Datuk Amirul Ridzuan Hanif berkata, keputusan muktamad akan ditentukan oleh Hakim pada tarikh tersebut.
Hakim boleh benarkan bantahan kami atau menolak… buat masa ini pihak kami sudah boleh buat persiapan untuk perbicaraan nanti.
Latar belakang kes Naim Daniel

Pada 19 Mei lalu, Naim didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan di sebuah hotel di Petaling Jaya.
Penyanyi itu mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan pada 17 Jun, di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Mahkamah sebelum ini membenarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan termasuk penahanan pasport dan larangan mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.
Pssttt! Isu sensitif seperti ini mengingatkan kita betapa pentingnya menjaga batas pergaulan. Biarlah mahkamah menentukan kebenaran, kita sebagai masyarakat jangan cepat menghukum.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
