Connect with us

Oh! Media

Muzium Tentera Darat Mula Kenakan Bayaran Masuk Selepas 19 Tahun Beroperasi Percuma

Ohmedia 44283337 bf63 4615 8924 d4550c3c5070

Trending

Muzium Tentera Darat Mula Kenakan Bayaran Masuk Selepas 19 Tahun Beroperasi Percuma

Selepas 19 tahun beroperasi secara percuma, Muzium Tentera Darat di Port Dickson telah mengenakan bayaran tiket masuk kepada pengunjung bemula 1 Januari 2025.

Menurut notis yang dikeluarkan baru-baru ini, kadar bayaran berbeza telah ditetapkan untuk orang dewasa, kanak-kanak dan warga emas.

Kadar bayaran tiket masuk ke Muzium

Muzium


Bagi Warganegara, bayaran RM2 dikenakan kepada orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak (17-12 tahun), OKU serta warga emas.
Manakala bukan Warganegara dikenakan bayaran RM5 bagi dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak (7-12 tahun) serta warga emas.

IKLAN

Kanak-kanak di bawah 6 tahun pula dibenarkan masuk secara percuma. Untuk pengetahuan korang, muzium ini dibuka dari Rabu sehingga Ahad termasuk cuti umum bermula dari 10 pagi hingga 5 petang. Waktu terakhir pembelian tiket pada 4.30 petang.

Kehadiran pelawat 2024 catat peningkatan

Muzium

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengatakan lokasi ini bersama satu lagi destinasi utama di Port Dickson telah mencatatkan jumlah pelawat yang memberangsangkan.

Muzium Tentera Darat merekodkan 154,074 kunjungan manakala lokasi satu lagi menerima 201,113 pengunjung sepanjang tahun 2024.

#OhmediaNasihat

Kehadiran pengunjung ke Muzium Tentera Darat bukan sahaja memberi pengalaman menarik tetapi juga menambah ilmu pengetahuan tentang sejarah negara kita.

Ohmedia 44283337 bf63 4615 8924 d4550c3c5070

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas