Connect with us

Oh! Media

Peniaga Bot Di Port Dickson Terkesan Dengan Ketiadaan Khemah Biru

Ohmedia 7107e6d6 addb 4963 8360 080da2d05ff9

Trending

Peniaga Bot Di Port Dickson Terkesan Dengan Ketiadaan Khemah Biru

Baru-baru ini viral tentang khemah baharu ala-ala Bali di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson menggantikan khemah biru yang hangat diperkatakan oleh netizen sebelum ini.

Setiap pengusaha akan diberi diberi lapan payung, lapan meja dan 16 kerusi manakala kadar sewaan yang ditetapkan oleh MPPD tidak melebihi RM50. Jadi pengunjung dapat menikmati keindahan Pantai Teluk Kemang tanpa sebarang masalah.

Luahan pengusaha sukan pantai

Ohmedia dfd743fb bcd0 41bb 9b01 4865bf9d9f6a

Semalam Team Ohmedia telah turun ke lokasi bagi menemu bual pengusaha sukan pantai, Encik Dahlan tentang sambutan dari pengunjung pada masa kini.

IKLAN

Menurut beliau, khemah ala-ala Bali hanya dibuka kepada orang awam pada hari minggu. Sekiranya ada permintaan pada hari biasa, khemah itu akan dibuka walaupun hanya satu khemah sahaja.

Khemah Bali itu akan wujud Sabtu dan Ahad je, hari biasa boleh dibuka cuma tidak ramai pengusaha hari biasa ni. 

Sekali sewa RM50 daripada pagi sampai ke petang. 

Sambutan kurang kerana khemah baharu tidak sesuai untuk yang berkeluarga

Khemah
Team Ohmedia Bersama Encik Dahlan

Kebiasaan yang datang bercuti ke Pantai Teluk Kemang adalah pengunjung yang berkeluarga. Namun khemah ala-ala Bali ini nampak seperti tidak sesuai untuk mereka.

Selalunya yang datang pantai ni berkeluarga. Ada yang 14 orang ke 15 orang. Sekarang yang disediakan 1 payung 2 kerusi.

Jadi yang berkeluarga tu dah takde tempat nak duduk. Hari panas mereka banyak duduk dalam kedai orang.

Perbandingan khemah biru dan khemah sekarang

Khemah

Walaupun khemah sekarang lebih menarik dan tidak menyakitkan mata, namun jumlah pengunjung berkurangan seperti sebelumnya.

Sambutan dari khemah biru itu lagi ramai daripada yang ada payung Bali ini. Sebab saya meniaga bot ni terkesan bila khemah biru tu tak ada.

Orang datang tengok tempat panas, orang banyak lari balik.

Oleh yang demikian, pengusaha sukan pantai mengharapkan payung kembali diletakkan di bawah cahaya matahari supaya pengunjung tidak perlu berpanas berbanding diletakkan di bawah pokok yang boleh dibentang tikar kerana dilindungi oleh cahaya matahari.

#OhmediaNasihat

Harap pihak berwajib mendengar luahan dari pengusaha. Sedikit sebanyak dapat mencari jalan penyelesaian supaya ramai pengunjung kembali bercuti di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson.

Ohmedia 7107e6d6 addb 4963 8360 080da2d05ff9

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Wartawan Ohmedia


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas