
Trending
“Mungkin Saya Tak Sampai Sana” – Ardell Aryana
Ardell Aryana dedah mungkin tak dapat teruskan misi Gaza. Mohon doa rakyat Malaysia agar perjuangan bantuan ini tetap diteruskan.
Pelakon, Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd. Amin mendedahkan kemungkinan besar dirinya tidak dapat meneruskan misi kemanusiaan ke Gaza bersama Global Sumud Flotilla (GSF) akibat masalah kesihatan.
Mungkin saya tak sampai ke sana, walaupun ambil masa lebih kurang enam hari lagi. Apa pun kita serahkan kepada perancangan Allah.
Menurut laporan Kosmo, Ardell yang sebak dan menitiskan air mata turut memohon doa orang ramai agar kesihatannya kembali pulih serta memberi sokongan kepada sukarelawan lain yang sedang berjuang dalam misi tersebut.
“Jangan berhenti bersuara tentang saudara kita” – Ardell Aryana

Dalam perkongsian sama, Ardell menegaskan agar masyarakat tidak berhenti menyebarkan kebenaran mengenai penderitaan rakyat Palestin.
Jangan berhenti bersuara tentang saudara kita di Gaza dan jangan berhenti bersuara tentang misi keamanan tanpa senjata, hanya bantuan ubat-ubatan dan makanan.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah berinfak untuk misi ke Gaza, dan menegaskan bantuan akan tetap disalurkan melalui darat serta lautan.
Keadaan terkini Ardell Aryana

Menurut suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa, Ardell kini berada dalam keadaan tidak sihat sehingga perlu menjalani proses memasukkan air dalam badan.
Difahamkan, Ardell menaiki kapal layar paling kecil, Inana, dalam konvoi 53 kapal dari 45 negara yang kini berada di perairan Greece, kira-kira 750 batu nautika dari Gaza. Konvoi ini dilaporkan turut berdepan gangguan dron dipercayai milik Israel.
Selain Ardell, misi GSF turut disertai 34 aktivis Malaysia termasuk Zizi Kirana, Heliza Helmi, Farah Lee serta pengamal media Zainal Rashid Ahmad.
Pssttt! Kesihatan adalah amanah yang perlu dijaga, namun perjuangan untuk menegakkan kebenaran tetap boleh diteruskan dengan doa dan sokongan kita dari jauh.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
