Connect with us

Oh! Media

kopiah putih Zayn Rayyan

Trending

Muncul Individu Berkopiah Putih Mencurigakan Di Apartment Zayn Rayyan, Ramai Minta Siasat?

Tular satu video di media sosial menunjukkan seorang lelaki berkopiah sedang mengagihkan makanan dan minuman kepada petugas media di tempat kejadian kes bunuh Zayn Rayyan semalam buat netizen berasa curiga.

BACAIbu Zayn Rayyan Berpakaian Lokap Dibawa Keluar Selepas 2 Jam Di Lokasi Kejadian

IKLAN

Menurut laporan mStar, di ruangan komen juga ada yang mengaitkan lelaki berkenaan dengan kes bunuh kanak-kanak autisme itu. Siap suruh siasat lagi. Biar betul?

Cara dia tunjuk isyarat tangan tu macam ada sesuatu. Cara dia toleh kali kedua tu pun mencurigakan.

Siasat abang ni, dari mana dia beli makanan tu? Kenapa aku rasa dia ni macam takut-takut?

Niat nak bersedekah pun dikata sesuatu. Risau pula orang lain nak bersedekah dekat pengamal media yang berpanas buat liputan kes.

Aku ni banyak tengok movie, sampai orang hulur sumbangan pun aku syak yang bukan-bukan.

Walau bagaimanapun, individu berkenaan yang mahu dikenali sebagai Azmi itu berkata dia sedar dengan tuduhan yang dibuat segelintir netizen dan menganggap ianya adalah gurauan saja.

Tadi saya tengok siaran langsung (live) liputan kes itu, ada media sebut mereka belum makan. Jadi saya terus tapau makanan dan minuman, saya hantar dengan motor ke apartment tu.

Selepas kisah saya agih makanan tular, saya ada perasan juga komen-komen netizen. Saya gelak saja, tak ambil hati pun. Saya tak marah sebab faham netizen mana-mana negara pun macam tu.

Lagi pun saya ni duduk di taman perumahan bersebelahan apartment Zayn Rayyan. Tadi saya cuma kesiankan media.

Mereka nak lari daripada tugas pun payah, takut terlepas berita. Sebab tu saya agih makanan.

Lelaki itu juga turut mengingatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan komen-komen yang bukan-bukan kerana ianya akan mengganggu siasatan.

Saya tengok siaran langsung liputan kes itu, ada media sebut mereka belum makan… saya terus tapau makanan dan minuman.

Azmi juga berharap agar pembunuh Zayn Rayyan dapat ditangkap dengan segera dan diberikan hukuman setimpal.

Sebagai manusia, kita tak terlepas nak ‘membawang’ sana-sini. Saya nasihatkan rakyat Malaysia supaya biarkan polis buat siasatan.

Kita jangan memandai-mandai benda yang bukan kepakaran kita. Kita terima apa saja keputusan. Siapa pun pelaku, semoga dia dibawa ke muka pengadilan.

Kerja hakiki saya ialah dalam bidang pembinaan. Tapi saya dan isteri juga buat bisnes taska dan tadika sejak tahun 2003. Taska di Taman Desa Riang, manakala tadika dekat Apartment Saujana, sebelah Apartment Idaman.

Jadi apabila berlaku kes Zayn Rayyan, saya sangat tersentuh sebab kita selalu uruskan kanak-kanak. Waktu kes itu, saya berada di Taiping. Tapi saya minta kawan-kawan yang ada di Damansara Damai untuk tolong cari juga.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas