Connect with us

Oh! Media

”Muhyiddin Yassin Juga Perlu Mohon Maaf” – Anwar Ibrahim

Ohmedia anwar Ibrahim Muhyiddin Yassin

Trending

”Muhyiddin Yassin Juga Perlu Mohon Maaf” – Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim jawab isu tuntutan maaf Muhyiddin. Katanya, Muhyiddin juga perlu mohon maaf kerana tabur tuduhan serta fitnah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau hanya akan membuat keputusan selepas meneliti laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung isu tuntutan maaf yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut laporan Harian Metro, Anwar dalam masa sama mengingatkan bahawa Muhyiddin juga perlu memohon maaf kerana didakwa sering menabur tuduhan serta fitnah terhadapnya.

Beliau juga perlu memohon maaf kerana banyak tuduhan serta fitnah dilemparkan termasuk mendakwa kerajaan ketika saya memimpin bersikap zalim kerana tidak menyalurkan peruntukan kepada Kelantan, seperti disebut di dalam dan di luar Parlimen.

Muhyiddin sebelum ini tuntut Anwar Ibrahim mohon maaf

Muhyiddin Yassin

Pada 7 Ogos lepas, Muhyiddin dilaporkan menuntut Anwar meminta maaf berhubung kenyataan Perdana Menteri yang mendakwa beliau mempertahankan warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.

IKLAN

Malah, Muhyiddin memberi amaran jika Anwar enggan berbuat demikian dan akan membawa usul ke Dewan Rakyat untuk merujuk Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Majlis rasmi tetap diteruskan

Anwar Ibrahim

Walaupun isu politik terus hangat diperkatakan, Anwar tetap menjalankan tugas rasminya dengan menghadiri Majlis Perasmian Forum Undang-Undang ASEAN 2025 di KLCC hari ini.

Turut hadir ialah Datuk Seri Azalina Othman Said, M Kulasegaran, serta Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn.

Pssttt! Dalam politik, tuduhan dan kenyataan panas memang tak dapat dielakkan. Tapi sebelum mendesak orang lain minta maaf, pastikan diri kita juga bersih dari fitnah.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas