Connect with us

Oh! Media

MRSM Kuantan Nafi Ada Pelajar Kena Tukar Sekolah, Pelajar Dakwa Jadi Mangsa Dibawa Pulang

Mrsm Kuantan

Trending

MRSM Kuantan Nafi Ada Pelajar Kena Tukar Sekolah, Pelajar Dakwa Jadi Mangsa Dibawa Pulang

Bahagian Komunikasi Korporat MARA dalam satu kenyataan di Facebook menafikan laporan media mengenai beberapa pelajar telah dipindahkan sekolah berikutan insiden buli yang tular baru-baru ini.

BACA: Dakwaan Khianat Di MRSM, Siasatan Awal Polis Dapati Tak Wujud Unsur Gangsterisme

Menurut Adham Hatta bin Ab Samad, laporan itu tidak tepat kerana tidak terdapat kes buli atau gengsterism yang berlaku di maktab tersebut.

IKLAN

Pada hari ini telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MARA di Kuching, Sarawak dan pada sesi sidang media terdapat soalan yang ditujukan kepada YBTM II, YB Datuk Haji Hasbi bin Habibollah tentang kes di MRSM Kuantan.

Beberapa media telah mengeluarkan berita dan didapati content tersebut adalah tidak tepat. Justeru saya mohon untuk berita tersebut di tarik balik.

Beliau memohon media menarik balik laporan mengenai kejadian itu kerana tidak terdapat kes gangsterism atau buli di MRSM Kuantan sepertimana kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Mrsm kuantab 1

Selain itu, kes yang berlaku masih di dalam siasatan pihak polis dan pelajar yang mendakwa menjadi mangsa telah dibawa pulang oleh ibu bapa pelajar terlibat.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas