Connect with us

Oh! Media

Dakwaan Khianat Di MRSM, Siasatan Awal Polis Dapati Tak Wujud Unsur Gangsterisme

Trending

Dakwaan Khianat Di MRSM, Siasatan Awal Polis Dapati Tak Wujud Unsur Gangsterisme

Di media sosial, tular perkongsian seorang ibu mendakwa anaknya dan rakan sebilik menjadi mangsa khianat di mana baju sekolah telah diconteng dan digunting.

ADVERTISEMENT

Dalam perkongsian itu, si ibu mendakwa anaknya turut menerima surat berbaur ugutan dan beberapa lukisan ‘aneh’.

BACA: Jumpa Nota ‘Pelik’ Dalam Bilik Asrama, Baju Sekolah Digunting Dan Diconteng

Memberi respon kepada dakwaan itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari bin Wan Busu berkata pihaknya telah menerima laporan daripada pihak sekolah dan ibu mangsa berkaitan isu itu.

Pihak polis telah mengambil tindakan dengan merakam percakapan guru-guru, pelajar-pelajar dan ibu mangsa untuk membantu siasatan kes.

Menurutnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Siasatan awal juga mendapati tiada wujudnya sebarang unsur-unsur gangsterisme dalam kejadian ini.

Pihaknya menasihati orang awam supaya tidak sewenang-wenangnya membuat hantaran yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sebelum mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa.

Kredit: Facebook Polis Kuantan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas