Connect with us

Oh! Media

Minta Diskaun Nafkah Anak, Syamsul Yusof Diperli Netizen

Oh! Artis

Minta Diskaun Nafkah Anak, Syamsul Yusof Diperli Netizen

Kes penceraian di antara pelakon Puteri Sarah dan pengarah Syamsul Yusof itu masih lagi berterusan selepas Syamsul telah mengubah fikirannya dan enggan melafazkan talak.

ADVERTISEMENT

Puteri Sarah berkata, punca penceraian itu tidak berlaku kerana tiada kata sepakat yang dicapai selepas Syamsul mahu Sarah menarik semula saman terhadap isteri keduanya, Ira Kazar dan meminta diskaun nafkah anak-anak.

Sejak semalam, selepas Syamsul tidak bersetuju melafazkan talaknya berita tentang konflik rumah tangga mereka hangat diperkatakan oleh netizen di media sosial.

Menerusi Facebook, ramai netizen menyindir dan mengkritik Syamsul kerana isu dia meminta diskaun nafkah anak-anak itu.

Syamsul dikecam netizen kerana mampu berkahwin seorang lagi isteri tetapi tidak mampu menjelaskan nafkah anak, sehingga meminta diskaun.

Pengarah Mat Kilau itu, telah menampilkan video penjelasan daripada pihaknya di Instagram selepas memaklumkan apa yang tersebar adalah fitnah.

Menurut Syamsul, minggu lepas mereka telah berbincang dan Sarah juga telah bersetuju tetapi telah menukar perjanjian di saat akhir sehingga membuatkan dia tidak mahu melafazkan talak.

Kredit: beautifulnara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas