Connect with us

Oh! Media

Mia Sara Tampil Buat Pendedahan Mengejutkan Mengenai Isu Dengan Puteri Balqis

Ohmedia mia Sara Puteri Balqis

Trending

Mia Sara Tampil Buat Pendedahan Mengejutkan Mengenai Isu Dengan Puteri Balqis

Mia Sara akhirnya mengaku silap isu lama dengan Puteri Balqis. Akui panik, rasa bersalah dan dedah kisah sebenar di sebalik kontroversi itu.

Pelakon, Mia Sara akhirnya tampil membuka mulut dan mengakui kekhilafan masa lalu susulan kenyataannya yang pernah dianggap negatif terhadap pelakon, Puteri Balqis.

Menurut laporan Harian Metro, Mia Sara atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan mengakui tulisannya ketika itu sememangnya boleh mengundang salah faham dan memberi kesan mendalam kepada Aqish.

“Cara saya tulis memang mengundang” – Mia Sara

Mia Sara

Menerusi sedutan penampilannya dalam podcast Kita Kita Aje kendalian Datuk Aznil Nawawi, Mia Sara berkata dia tidak menyalahkan Puteri Balqis apabila isu tersebut kembali diungkit.

IKLAN

Saya tak salahkan dia pun, sebab saya baca balik cara saya tulis pun memang ia sangat ‘mengundang’. Saya tak tahu apa yang saya cakap itu kedengaran seperti saya tengah menghina bagaimana dia dibesarkan.

Perkara itu jadi sangat besar sehingga saya tidak tahu hendak berbuat apa.

Panik dan terfikir mahu mohon maaf kepada Puteri Balqis, tapi..

Mia Sara

Pelakon Nur Kasih The Movie itu turut mendedahkan insiden berkenaan membuatkan dirinya benar-benar panik dan terfikir untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Aqish.

Namun, niat tersebut terbantut selepas dinasihati bapanya supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, bimbang keadaan menjadi lebih keruh.

Bapa cakap jangan tulis pasal isu itu, tak payah cakap apa-apa, saya tahu niat sebenar saya.

Orang akan guna kesempatan itu untuk putar belit lagi kenyataan saya dan cuma akan memperbesarkan hal terbabit. Jadi, saya kunci mulut, diam.

Apa yang mengejutkan, Mia Sara mendedahkan Puteri Balqis yang memohon maaf kepadanya keesokan harinya walaupun pada hakikatnya Mia yang berada di pihak salah.

Saya merasa lebih bersalah kerana saya yang tersalah, saya cakap salah, di mana saya tidak berniat apa-apa langsung.

Pssttt! Dalam dunia media sosial, satu ayat boleh disalah tafsir dan memberi kesan besar. Berfikir sebelum menulis, dan berani mengaku salah adalah langkah paling matang untuk berdamai dengan keadaan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas