Connect with us

Oh! Media

Mia Sara Akur Ketinggian Dan Saiz Badan Punca Tawaran Lakonan Terhad

mia sara

Oh! Artis

Mia Sara Akur Ketinggian Dan Saiz Badan Punca Tawaran Lakonan Terhad

Pelakon Mia Sara Nasuha mengakui oleh kerana saiz badan dan ketinggiannya yang masih kelihatan seperti kanak-kanak adalah punca utama dia kurang mendapat tawaran lakonan.

ADVERTISEMENT

Menurut pelakon berusia 19 tahun itu, dia penat untuk menjawab persoalan yang sama mengenai umur dan ketinggiannya tetapi sudah lali dengan pekara itu.

Mia Sara juga nekad untuk bersuara walaupun sudah lama berdepan dengan isu ini.

Sejujurnya, saya penat juga menjawab apabila orang bertanya mengapa saya tidak besar-besar namun saya sendiri tidak mempunyai jawapan untuk soalan itu.

Saiz tubuh dan tinggi saya memang begini, jadi saya terima dengan hati terbuka. Jika diikutkan, pada usia ini saya sudah boleh membawa watak yang lebih dewasa, namun hendak buat apa lagi kan?

Jadi jika diajukan mengenai tawaran lakonan, memang tidak dinafikan agak terhad. Jika ada tawaran, pasti saya boleh buktikan peralihan usia itu.

Walaupun hanya dengan ketinggian 149 sentimeter, Mia berharap penerbit dan pengarah dapat memberi kepercayaan untuk dirinya memikul pelbagai watak.

Kredit: Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas