Trending
MetMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Kawasan Perairan Ini!
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran angin kencang timur laut yang dijangka berterusan sehingga Jumaat ini.
Angin kencang mencecah 60 km/j, ombak setinggi 4.5 Meter

Menurut laporan Kosmo, angin berkelajuan 40-50 km/j dengan ombak setinggi 3.5 meter diramalkan berlaku di beberapa kawasan perairan termasuk:
- Selatan Samui
- Utara Tioman
- Utara Bunguran
- Barat daya Reef South
- Sulawesi
Kategori amaran lebih serius

Bukan tu jer, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran kategori kedua dan ketiga, yang lebih berbahaya:
- Kategori Kedua: Angin 50-60 km/j, ombak sehingga 4.5 meter (Perairan Condore & barat laut Reef South).
- Kategori Ketiga: Angin melebihi 60 km/j, ombak melebihi 4.5 meter (Perairan timur laut Condore).
Keadaan ini berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi laut, sukan air, dan juga pekerja di pelantar minyak.
#ApaKataOhmedia
Bagi mereka yang merancang aktiviti di laut, elakkan perjalanan dalam tempoh ini demi keselamatan. Utamakan nyawa, tangguhkan dulu aktiviti air!

Ustaz Rock Jawab 30 Soalan Viral Fiqh Ramadan | Oh! Podcast Ep24
OH! MEDIA 16/02/2026 4:00 PM