Connect with us

Oh! Media

“Mereka Ibarat Tulang Belakang..” -Ibu Sedih, Tak Sangka Anak Pulang Sebagai Jenazah

Article 2 30 12

Trending

“Mereka Ibarat Tulang Belakang..” -Ibu Sedih, Tak Sangka Anak Pulang Sebagai Jenazah

Kejadian kemalangan yang berlaku di Kilometer 170 Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Cheneh Kemaman, Terengganu semalam telah membuatkan seorang ibu kehilangan dua orang anak lelaki yang merupakan tulang belakang keluarga.

BACA: Kereta Terjunam, Dua Beradik Terseret Lapan Meter Di Jalan Raya

Dua beradik yang menaiki motosikal terlibat dengan kemalangan bersama sebuah Perodua Myvi semalam merupakan anak kepada Zaleha Latiff, seorang ibu tunggal.

IKLAN

Anak yang sering jaga kebajikan pulang sebagai jenazah

Screenshot 2021 12 30 at 114407 am

Menerusi laporan Kosmo, Zaleha Latiff menyatakan dia terlalu sedih kerana tidak sangka anaknya yang sering menjaga kebajikannya pulang kepadanya sebagai jenazah.

Menurutnya, kedua-dua anaknya itu meminta izin untuk ke sebuah bank berdekatan dengan rumah mereka sebelum kemalangan berlaku.

Mereka ibarat tulang belakang saya untuk meneruskan kehidupan selepas kematian suami 15 tahun lalu. Mereka cuma bekerja kampung tetapi banyak membantu saya menguruskan rumah, malah melayan saya se­perti permaisuri.

Setiap pagi, arwah Mohd. Faizal akan menyediakan sarapan dan bekal buat saya yang bekerja sebagai petugas pembersihan.

Screenshot 2021 12 30 at 124345 pm
Foto Kosmo

Kedua-dua mangsa juga selalu menjaga Zaleha ketika sakit dan menyediakan minum petang setiap hari. Arwah juga ada menunjukkan perubahan sikap seperti kerap berjaga malam untuk menunaikan solat tahajud sebelum meninggal dunia.

Kini saya hanya ada seorang anak lelaki di rumah Bandar Seri Bandi, manakala dua lagi termasuk seorang anak perem­puan tinggal berasingan di negeri lain.

Jenazah anak lelaki Zaleha selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Seri Bandi, semalam.

Semoga Allah beri ketabahan kepada Zaleha untuk menerima pemergian kedua-dua anak lelakinya yang disayangi dengan hati yang ikhlas.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas