Connect with us

Oh! Media

inspektor polis

Trending

Mengamuk Dan Keluarkan Kata-Kata Kesat, ‘Inspektor Polis’ Diberkas

Kejadian di Lebuh Queen di George Town, Pulau Pinang, seorang Inspektor polis telah diberkas kerana bertindak agresif dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis.

BACA: Polis Sedang Teliti Satu Persatu Individu Berebut Dapatkan Hotwheels

IKLAN

Menurut Kosmo, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong telah menerima aduan orang awam berkaitan dengan seorang lelaki yang mengamuk disyaki berada di bawah pengaruh alkohol pada jam 1.30 pagi, 4 Disember.

Suspek menjalani hukuman tahan kerja atas kesalahan tatatertib

inspektor polis
Pegawai polis yang ditahan (Foto: Kosmo)

Menurut Asisten Komisioner Soffian, apabila pihak polis sampai di tempat kejadian, kelihatan seorang lelaki bertindak agresif dan tidak mahu memberi kerjasama kepada polis.

Semasa proses memujuk suspek untuk berhenti membuat bising, suspek telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis dan enggan memberi kerjasama.

Ekoran itu, pihak polis telah meminta suspek untuk pergi ke balai polis namun suspek telah bertindak agresif dan melawan pihak polis mengakibatkan suspek cedera pada kedua-dua belah siku.

Hasil semakan mendapati suspek sedang menjalani hukuman tahan kerja atas kesalahan tatatertib.

Sofian berkata, suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana telah menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan penjawat awam daripada menjalankan tugas.

Suspek juga sekarang ini berada di Klinik Pakar Psikiatrik Jalan Perak untuk menerima rawatan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas