Connect with us

Oh! Media

Mengaku Upload Untuk Diri Sendiri Sahaja, Lelaki Hina Islam Didenda RM50,000

Hina Nabi

Trending

Mengaku Upload Untuk Diri Sendiri Sahaja, Lelaki Hina Islam Didenda RM50,000

Tindakan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata hinaan dan jelik terhadap agama Islam Sabtu lalu telah mengundang rasa marah orang ramai.

Sebelum ditahan pihak berkuasa, lelaki itu dipercayai telah dipukul orang ramai sehingga berdarah.

BACA: “Tak Sepatutnya Aku Buat Macam Tu” – Lelaki Hina Islam Mohon Maaf Lepas ‘Berkicap’ Kena Belasah

IKLAN

Terbaru, Sinar Harian melaporkan lelaki ini mengaku secara sedar membuat dan memulakan hantaran komunikasi yang jelik di YouTube dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.

294756713 3424211184559332 5664616488433587073 n

Pengakuan itu dibuat Mohd Nor’muzil Mohd Razalli di depan hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Sepang hari ini.

Dalam pengakuan itu juga, Mohd Nor’muzil berkata, kandungan yang dimuat naik di Youtube itu hanyalah untuk dirinya sahaja.

Sebenarnya video itu di upload untuk diri saya sendiri. Saya mengaku bersalah.

Hakim memerintahkan tertuduh didenda sebanyak RM50,000. Sekiranya gagal membayar denda, Mohd Nor’muzil diarah menjalani hukuman penjara selama enam bulan.

Hina Islam Denda

Hakim turut memohon tertuduh insaf dan bertaubat di atas kesalahan yang dilakukannya.

Sebagai seorang yang beragama Islam, kamu perlu bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling dalam hujah pemberatan hukuman memohon hukuman serius terhadap tertuduh. Ini berikutan tindakannya yang dengan jelas menjatuhkan martabat dan kesucian Islam.

Kenyataan yang dibuat itu amatlah malu untuk didengar dan perit untuk diungkapkan.

Katanya lagi, apa yang dimuat naik tertuduh menimbulkan kemarahan sehingga terdapat 20 laporan polis dibuat ke atasnya. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Aka 588].

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas