Connect with us

Oh! Media

Mencuri Punya Pasal, Dua Lelaki Ditahan Ceroboh Pangkalan TUDM

Trending

Mencuri Punya Pasal, Dua Lelaki Ditahan Ceroboh Pangkalan TUDM

Di musim pandemik ini, dilihat masyarakat kian tertekan sehingga sebahagian daripada mereka kehilangan pekerjaan untuk menyara keluarga.

ADVERTISEMENT

BACA: Polis Dedah Identiti Anggota TUDM Yang Terkorban

Mereka terpaksa memanfaatkan pekerjaan atas talian, namun tidak semua mempunyai kepakaran untuk work from home oleh sebab sudah terbiasa bekerja di luar.

Terdapat juga masyarakat yang sanggup melakukan jenayah bagi mendapatkan wang sebagai jalan yang mudah bagi memperoleh sumber pendapatan.

Ceroboh pangkalan TUDM

Namun, perkara yang sama turut berlaku apabila dua lelaki berjaya ditahan oleh pihak polis selepas menceroboh masuk ke dalam Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Sumber: Kosmo!

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni, kejadian yang berlaku kira-kira 9.15 pagi itu disedari oleh Pengawal Pangkalan Udara.

Katanya, pengadu melihat terdapat dua lelaki yang dalam keadaan mencurigakan berada di kawasan perumahan itu yang disyaki melakukan jenayah.

Dilaporkan pengawal keselamatan itu cuba untuk mengejar dua individu tersebut, sebaliknya gagal selepas mereka melarikan diri.

Temui kenderaan suspek

Menurut Basri, pemeriksaan lanjut di luar tembok lokasi kejadian telah berjaya menjumpai kenderaan yang disyaki digunakan suspek.

Pemeriksaan lanjut di luar tembok lokasi kejadian telah menjumpai dua buah motosikal jenis Honda EX5 dan Honda Future yang disyaki digunakan oleh suspek.

Selain itu, pihak polis juga turut menjumpai dua buah bekas berisi tembaga dan kabel elektrik yang dipercayai diambil dari kawasan pangkalan udara tersebut.

Walaubagaimanapun, pihak polis yang dimaklumkan tentang kejadian itu telah berjaya melakukan tangkapan ke atas kedua-dua suspek.

Suspek yang masing-masing berusia 19 dan 35 tahun turut dirampas dua buah telefon bimbit dan peralatan yang telah mereka gunakan.

Sisatan lanjut mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan

Mereka juga akan dibawa ke hadapan Majistret Kuala Lumpur untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah hari ini.

Tambah Basri, beliau juga turut menggesa orang awam agar hadir ke balai polis berhampiran jika mempunyai maklumat tentang kes ini.

Kredit: Kosmo! I Utusan Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas