Connect with us

Oh! Media

Polis Dedah Identiti Anggota TUDM Yang Terkorban

ohmedia tudm2

Trending

Polis Dedah Identiti Anggota TUDM Yang Terkorban

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Samarahan telah mengenal pasti identiti empat anggota TUDM yang terkorban.

BACA: 4 Anggota TUDM Maut Di Kem Kota Samarahan

Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata anggota yang maut adalah Koperal Urada Ho Swee Boon dari Lundu, Koperal Udara Mohamad Ehsan Sehamat dari Asajaya, Laskar Udara Luk Nesly anak Nabau dari Sibu dan Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli dari Kuching.

IKLAN

Kejadian tembakan yang berlaku di kem TUDM Kota Samarahan pagi tadi ternyata mengejutkan apatah lagi apabila ia dilakukan anggota mereka sendiri.

tudm kota samarahan bernama

Superintendan Sudirman berkata hasil siasatan mendapati suspek mengamuk dan masuk ke balai pengawal mengambil senjata api.

Ketika itu penyelia bertugas adalah Koperal Julaihi. Turut berada di situ adalah Koperal Mohd Saiful Dania, Koperal Jas anak Munap, LU Hezerin Muhd dan LU Afiq Nazmi Rozaidi.

Suspek sempat bertanya nak hidup atau mati. Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq cuba menenangkan suspek tetapi suspek melepaskan tembakan dan terkena perut Shariff. Mendengar bunyi tembakan, kesemua saksi bertempiaran lari menyelamatkan diri. – Kata polis.

Punca mengapa anggota berkenaan mangamuk dan sanggup melepaskan tembakan masih dalam siasatan. TUDM sebelum ini mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan kes selesai.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa yang terkorban dan semoga roh mereka ditempatkan bersama orang beriman. Al-Fatihah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas