Trending
Memey Suhaiza Pula Dikecam Teruk Netizen Kali Ini
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza menjadi sasaran kemarahan netizen selepas pendedahan Abby Abadi mengenai kisah hidupnya selepas berpisah dengan Norman Hakim kira-kira 17 tahun lepas.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, rata-rata netizen menyalahkan Memey kerana didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Abby dan Norman, hingga membawa kepada keretakan hubungan mereka dahulu.
Netizen minta nafkah anak diberikan

Lebih mengejutkan, ada juga komen yang meminta Memey menasihati Norman supaya tidak abaikan nafkah anak-anak hasil perkahwinannya dengan Abby.
Niaga, niaga juga Mey, jangan lupa bagi tahu abang Man tu nafkah WAJIB ke atas anak kandung, sekian.
Memey Suhaiza dituduh tak peduli dan terus promosi produk
Walaupun dikecam, Memey dilihat masih aktif berkongsi dan mempromosikan produknya di media sosial. Itu yang membuatkan ada netizen yang menuduhnya seperti tidak ambil peduli terhadap isu yang sedang tular itu.
Sebagai info, Memey dan Norman berkahwin pada 2011 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM