Connect with us

Oh! Media

Mayat Reput Dijumpai, Mungkin Jatuh Longkang & Meninggal Dunia Seminggu Lepas

9651e006 22bc 4fc3 bbe8 ae7573924005

Trending

Mayat Reput Dijumpai, Mungkin Jatuh Longkang & Meninggal Dunia Seminggu Lepas

Mayat seorang lelaki yang sudah reput ditemukan dalam longkang di tepi Jalan Broga, Semenyih malam tadi. Apa kes pula ni? 

Menurut laporan Harian Metro, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat dari orang awam yang menemui mayat tersebut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisiomer Mohd Zaid Hassan berkata mayat yang dikenali sebagai N Suresh yang berusia 43 tahun ini berasal dari Batu 9, Cheras ditemukan dalam longkang berhampiran kawasan perumahan. 

IKLAN

Mayat berpakaian lengkap iaitu baju-T serta seluar jeans gelap. Polis turut menemui dompet dan telefon bimbit dipercayai milik lelaki itu.

Pemeriksaan forensik di kawasan itu juga tidak menemukan sebarang senjata dan mangsa berkemungkinan terjatuh ke dalam longkang dan meninggal dunia seminggu lepas.

Mayat dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta untuk hubungi Ketua Balai Polis Semenyih Inspektor Sahar Buraera di talian 03-87275222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas