Oh! Artis
“Matikan Aku Dengan Tenang Dan Beriman”- Aliff Syukri Kongsi Gambar Pil Risaukan Orang Ramai
Malam ni tiba-tiba kecoh lagi tentang usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri yang menaikkan satu video sedang menangis dan memohon maaf atas kekhilafannya.
BACA: “Demi Mak Saya, Isteri Saya” – Aliff Syukri Menangis Teresak Lepas Kena ‘Sound’ Dengan Ibu
Dia juga memaklumkan akan berundur dari media sosial dan telah memadam semua video kontroversi yang dilakukannya sebelum ini.
Terkini, akaun Instagram milik Aliff Syukri telah ditutup dan tidak dapat diakses oleh siapa-siapa lagi.
Bagaimanapun, usahawan berusia 35 tahun itu sempat berkongsi gambar ubat dengan kapsyen, “Matikan aku dengan tenang dan beriman”. Walaupun gambar itu telah dipadam, ayat itu masih dapat dilihat di Instagram miliknya.

Aliff nak bunuh diri ke?
Perkongsian itu sudah pasti merisaukan pengikutnya yang tidak mahu dia melakukan perkara yang tidak sepatutnya.



Mula dah drama dia…
Dalam pada itu, seperti biasa ada juga yang melihat apa yang dihadapi usahawan itu ketika ini hanyalah drama semata-mata.




Kita doakan sahajalah yang baik-baik untuk Aliff Syukri agar terus diberikan hidayah dan petunjuk untuk berubah jadi lebih baik.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM